Skip to main content

Sukan Lain

Olimpik Paris 2024: Selepas Alat Sulit Terkena Palang, Anthony Ammirati Ditawar RM1 Juta Untuk Tunjuk ‘Aset’ Dalam Laman Lucah

astro_gempak_atlet-perancis-ditawar-rm1-juta.png

Naib Presiden CamSoda, Daryn Parker membuat tawaran itu kepada Ammirati, 21, untuk mempamerkan ‘asetnya’ sebagai pertukaran dengan habuan yang besar.

“Selain itu, anda tidak akan mempunyai seluar pendek ketat yang menghalang anda, jadi jangan ragu untuk melepaskan semuanya dan tunjukkan kepada dunia mengapa anda perlu mengadakan pertandingan Olimpik anda sendiri pada masa akan datang,” tulis pada surat tawaran tersebut.

Setakat ini, Ammirati masih belum memberi respons dengan tawaran itu yang digelar sebagai rezeki terpijak oleh sejumlah netizen di media sosial.

Terdahulu, Ammirati menjadi tumpuan dunia apabila gagal melepasi ketinggian 5.7 meter pada percubaaan ketiga gara-gara alat sulitnya terkena pada palang.

Rata-rata netizen menyifatkan insiden tersebut mencuit hati sehingga tular di media sosial.

Dia akhirnya menamatkan percubaan pada kedudukan ke-12 dalam Kumpulan A dengan ketinggian 5.60 meter.

Saksikan aksi atlet Malaysia secara siaran langsung di Gempak.com.

Ikuti perkembangan dan keputusan terkini Olimpik Paris 2024 di sini

Sumber: US Weekly

Must-Watch Video

Advertisement