Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Bahagianya Dia Hari Ini..." - Anak Menangis Dapat Hadiah Bola, Netizen Turut Rasa Sebak!

Firdaus
06/07/2024 01:55 MYT
Satu hantaran menyentuh hati berjaya mencuri tumpuan netizen apabila seorang kanak-kanak dilihat gembira setelah menerima hadiah untuk ulang tahun kelahirannya.

BERITA TRENDING:Nizam Jentik Jentik Saksi Kemalangan Maut, Menangis Sampaikan Berita Kematian - "Puan... Suami Puan Ada Dekat Dengan Saya"

Menerusi klip singkat berkenaan, kanak-kanak tersebut menzahirkan rasa terharu dan menitiskan air mata apabila ibu bapanya menghadiahkan sebiji bola sepak.

BERITA TRENDING:#FoodiesLife: Apa Rasa Makan Kulit Durian Cicah Sambal Merah? Aksi Berselera Lelaki Ini Ditonton Lebih 4.5 Juta Kali!

Hantaran itu turut dihiasi dengan kata-kata ucapan pada ruangan kapsyen oleh ibu kanak-kanak tersebut yang menambah lagi rasa sebak dalam kalangan warganet.

“Bahagianya dia hari ni. Terima kasih abang sebab abang banyak bantu mama dan baba. Maaf mama banyak salah dekat abang.

“Tapi doa mama selalu mengiringi abang. Tidak banyak mama minta daripada abang, cukuplah jadi anak yang kuat agamanya,” tulisnya.

@kaklawani
bahagianya dia hari nih..... terima kasih abg sbb abg bnyak bantu mama & baba.Maaf mama banyak salah kat abg.Tp doa mama selalu mengiringi abg.Tidak bnyk mama mintak drpd abg ,cukuplah jd anak yg kuat agamanya

♬ Buah Hati - Armada

BERITA TRENDING: Pelajar Ini Cipta Lagu Rap Untuk Mudah Hafal Subjek Sejarah, Netizen Approved - “Kenapalah Adik Ni Tak Muncul Masa Kami SPM Dulu”

Netizen Rasa Sebak

Melihat kepada posting berikut, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan terharu dengan sikap penghargaan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak itu terhadap ibu bapanya.

BERITA TRENDING:Netizen Dedah Sikap Sebenar Pramugara Tular Wajah Awet Muda Usia 60 Tahun - “Baik & Murah Dengan Senyuman”

Tidak terhenti di situ, ada juga wargamaya yang menawarkan untuk memberi sepasang kasut sebagai hadiah hari jadi.


Setakat artikel ini ditulis, video itu meraih lebih 400,000 tontonan dan lebih 20,000 tanda suka di platform TikTok.

Sumber: TikTok

#Viral #Netizen #Tular #Ibu #Bola #Bapa #TikTok #Kanak-Kanak #Keluarga #Sebak
;