Jarang bersuara di media sosial, namun pelakon Hairi Safwan terpaksa meluahkan rasa berang terhadap segelintir pempengaruh dan TikTokers yang melakukan kerja sambil lewa.

Hairi menerusi perkongsian di Facebook menasihati golongan itu untuk fokus kerja dan berhenti menyusahkan pihak produksi yang terpaksa menunggu mereka disebabkan sibuk membuat ‘live’.

“Pesanan ringkas buat Influencer dan Tiktokers. Kalau dapat tawaran dari mana-mana produksi, buat kajian skrip, hafal dialog dan minta tunjuk ajar daripada pelakon-pelakon sedia ada sebelum masuk set.

“Lagi bagus masuk kelas lakonan. Bukan apa kesian la sikit pada team produksi dari pagi datang dan balik pagi sebab nak tunggu hangpa selesai live lepas itu ada membobok datang dengan baju tak kena, macam-macamlah,” katanya.

Hairi turut menegur sikap pempengaruh dan TikTokers yang meminta bayaran untuk telefilem mengikut harga sebuah filem.

Bagaimanapun, Hairi memohon maaf kerana terpaksa berkongsi perkara tersebut memandangkan tidak tahan dengan perangai mereka yang menyusahkan ramai pihak.

“Dah la bayaran telemovie hangpa minta rate filem. Maaf la terpaksa luah sebab dah kena dah satu scene dari 11 malam ke 6.40 pagi.

“Mohon hentikan live TikTok semasa penggambaran sedang dijalankan,” tegasnya.