Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Baik Punya Ah Long: Zizan Imbau Kenangan Berlakon Bersama Allahyarham Adibah Noor - “Ia Satu Penghormatan Kepada Saya

Umirah Halim
19/09/2024 13:55 MYT
Pelakon dan pelawak Zizan Razak berbesar hati apabila dapat berlakon bersama Allahyarham Adibah Noor menerusi salah satu naskhah terakhirnya iaitu Baik Punya Ah Long.

Satu penghormatan

Jelas Zizan, perkara tersebut merupakan satu penghormatan dan penghargaan yang dirasai sepanjang karier seninya.

“Ia satu penghormatan kepada saya kerana saya tahu dia seorang legend dan tahu membawa watak dengan jelas.

“Dia sangat berbakat bila saya dapat bekerja dengan dia, memang satu penghormatan lah boleh berlakon dengan nama-nama besar seperti Datuk Afdlin Shauki, Adlin Aman Ramli.

“Bila dapat tahu yang dia sudah tiada itu memang sedih, yang penting saya dapat berlakon dengan mereka yang hebat-hebat ini, itu satu penghormatan dalam kerjaya saya dalal industri,” ujarnya ketika ditemui Gempak.

BERITA TRENDING: “Buat Podcast Bagus, Asalkan Tidak Melanggar Hukum Agama..” - JoZan

BERITA TRENDING: Poster Ah Long Tawar Pinjaman Tergantung Di KLCC, Bertebaran Di Bukit Bintang? Netizen Terkejut - “Tak Pernah Di Buat Orang..”

Sementara itu, berkongsi mengenai momen yang tak dapat dilupakan semasa di set penggambaran, Zizan menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang sangat berdisiplin sewaktu kerja.

“Dia kalau belakang set kalau kami (JoZan) buat lawak dia yang jadi tukang gelak.

“Itu antara momen yang paling saya tak lupa dia dah kelakar tapi dia boleh gelak pula dengan kelakar kami jadi apabila kami boleh buat dia gelak itu adalah satu penghormatan.

BERITA TRENDING: Baik Punya Ah-Long No 1 Dalam Carta Di Pawagam Selepas Sehari Ditayangkan!

BERITA TRENDING: Tak Mahu Ambil Risiko, JoZan Enggan Buat Podcast - “Kami Ada Jadual Kerja Yang Berbeza, Takut..”

“Sebenarnya dia seorang yang serius, polite dan paling penting dia seorang yang sangat berdisiplin dalam kerja tapi itu,” tambahnya lagi.

Lakonan Adibah yang bersahaja namun mengesankan akan terubat dengan menonton Baik Punya Ah Long yang turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat termasuk Zizan, Johan, Datuk Afdlin Shauki, Liyana Jasmay, dan ramai lagi.

Untuk info, filem arahan Datuk Adflin Shauki itu telah ditayangkan di pawagam sejak 12 September lalu.

Sinopsis:

Baik Punya Ah Long mengisahkan tentang dua adik beradik, Aloy dan Ale yang diminta oleh ayah mereka untuk menjalankan perniagaan. Meskipun Aloy dan Ale tidak mempunyai pengalaman, mereka tetap menyahut cabaran ayah mereka. Jadi, wujudlah perniagaan pinjaman wang oleh Aloy dan Ale. Perniagaan mereka telah mengugat Lan Panda dan menyebabkan ketidakpuasan hati. Lan Panda mulakan agendanya untuk menghapuskan Aloy dan Ale.