,
Hiburan

“Buat Podcast Bagus, Asalkan Tidak Melanggar Hukum Agama..” - JoZan

Umirah Halim
11/09/2024
12:55 MYT
Dua pelawak popular, Zizan Razak dan Johan bersetuju platform podcast merupakan medium yang bagus untuk rakan-rakan dalam industri berkongsi informasi kepada masyarakat.

Tak Beri Sokongan Jika Bercanggah Dengan Agama

Bagaimanapun, Zizan enggan memberikan sokongan sekiranya content atau tujuan platform itu bercanggah dengan hukum agama.

“Kami sokong sahaja mereka yang lain buat podcast. Mereka dah berjaya kami sokong. Bagi saya bukan podcast itu tak bagus, bagus. Tapi, bergantung pada content yang ingin diketengahkan. Ada content yang dikeji itu dapat rating lagi tinggi. Rezeki Allah itu kita tidak tahu.

“Bagi saya mudah sahaja, selagi tidak melanggar agama, saya sokong. Saya kurang berkenan kalau sudah mula melanggar agama. Setiap orang buat silap. Allah ada, yang membuka aib Allah balas. Kita jaga aib orang, Allah jaga aib kita,” ketika ditemui Gempak selepas majlis sidang media filem Baik Punya Ah Long di Mid Valley pada Selasa. Zizan.
Dalam pada itu, Johan dan Zizan atau lebih dikenai sebagai JoZan juga tidak bersetuju sekiranya ada rakan artis menggunakan medium tersebut sebagai peluang untuk menjatuhkan atau membuka aib orang lain.
Kata Johan, medium podcast juga merupakan sumber pendapatan yang boleh mendatangkan keberkatan dalam kerjaya mereka.
“Tak semua orang suka kongsi masa lalu. Itu kita kena hormati pendirian seseorang. Kalau saya, saya pun suka bercerita tentang diri saya.
“Dia berbalik pada tujuan podcast itu sebab takut semua benda yang sama, perspektif yang sama. Orang kita bab informasi ini kurang. Kalau gosip semua orang tahu.
“Podcast ini bukan sekadar boleh jadi sumber pendapatan. Jadi bila content yang baik kita bawa dalam podcast itu, mungkin adalah keberkatan itu. Dia bergantung dengan cara kita membawa podcast itu. Kita semua cari makan,” tegasnya.

BERITA TRENDING: Poster Ah Long Tawar Pinjaman Tergantung Di KLCC, Bertebaran Di Bukit Bintang? Netizen Terkejut - “Tak Pernah Di Buat Orang..”

​BERITA TRENDING: Wanita Disapa Sekumpulan Individu Edar Flyers Di Bukit Bintang, Ingatkan Ah Long Rupa-Rupanya…

​BERITA TRENDING: Penggemar Filem Komedi, Ini Senarai Filem Mencuit Hati Hasil Legasi Afdlin Shauki!

​BERITA TRENDING: Baik Punya Ah Long: Afdlin Shauki Mahu Throwback Komedi JoZan

Dalam perkembangan lain, JoZan bakal kembali ke layar perak menerusi filem ‘Baik Punya Ah Long’.
Untuk info, filem arahan pengarah Datuk Adflin Shauki itu akan ditayangkan di pawagam pada 12 September depan.
Selain Zizan dan Johan, antara pelakon lain membarisi filem berkenaan ialah Liyana Jasmay, Adibah Noor, Adlin Aman Ramlie dan ramai lagi.
Sinopsis:
Baik Punya Ah Long mengisahkan tentang dua adik beradik, Aloy dan Ale yang diminta oleh ayah mereka untuk menjalankan perniagaan. Meskipun Aloy dan Ale tidak mempunyai pengalaman, mereka tetap menyahut cabaran ayah mereka. Jadi, wujudlah perniagaan pinjaman wang oleh Aloy dan Ale. Perniagaan mereka telah mengugat Lan Panda dan menyebabkan ketidakpuasan hati. Lan Panda mulakan agendanya untuk menghapuskan Aloy dan Ale.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Hiburan

Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

gempak
15/09/2024
02:03 MYT
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya tidak mencampuri urusan perpisahan antara Syamsul Yusof dan bekas isteri, Ira Kazar.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Video Ucapan Birthday Anak Fattah & Fazura Buat Netizen Emosi, Ramai Doa Supaya Kembali Bersama

gempak
14/09/2024
11:55 MYT
Video ucapan istimewa anak kepada pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya sempena ulang tahun kelahiran bapanya yang ke-34 mencuri tumpuan netizen.
Hiburan

“Saya Sudah Ada Isteri, Kenapa Nak Layan Orang Ketiga?” - Video Fattah Amin Ulas Tentang ‘Penyondol’ Kembali Tular

gempak
14/09/2024
03:12 MYT
Satu video temu bual berkaitan pelakon, Fattah Amin mengulas tentang isu orang ketiga dalam perhubungan kembali tular dalam media sosial.