Penceramah Ustaz Ebit Lew gembira bertemu serta berbual bersama pelakon popular Nazim Othman semalam.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Ebit memuji sikap Nazim yang baik dan lemah lembut dan berharap agar Nazim menggunakan popularitinya untuk menyampaikan dakwah.

"Sebak gembira baru sekejap tadi dapat berbual dengan @nazimothman. Baik dan rendah diri orangnya.

"Katanya penat kerja ustaz, best buat dakwah macam ustaz. Berbual-bual dan bercerita padanya, terkenal dan menjadi idola masyarakat ini anugerah Allah, dapat sampaikan Islam pada semua orang.

"Macam Nazim Allah beri terkenal dan baik, artis dan menjadi idola masyarakat. Gunakanlah untuk kerja dakwah ini Insya-Allah untuk redha Allah," tulisnya sebagai kapsyen.

Di entri itu, Ebit berkongsi sepotong video bersalam dan berpelukan bersama pelakon itu.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan gembira melihat pertemuannya dengan Nazim.

Sebak gembira baru sekejap tadi dapat berbual dengan @nazimothman . Baik dan rendah diri orangnya. Katanya penat kerja ustaz. Best buat dakwah macam ustaz. Berbual-bual dan cerita padanya terkenal dan menjadi idola masyarakat ini anugerah Allah. Dapat sampaikan Islam pada semua orang. Macam Nazim Allah beri terkenal dan baik. Artis dan menjadi idola masyarakat. Baik dan lemah lembut orangnya. Gunakanlah untuk kerja dakwah ini insyaAllah untuk Redha Allah. Semoga Allah berkati hidup beliau dan menjadi asbab hidayah-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on