Baru-baru ini, kejadian tornado mini yang berlaku di Ipoh, Perak telah memberikan kejutan yang luar biasa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tidak hanya ia memberikan kejutan, bahkan kesan daripada tornado mini tersebut telah memusnahkan banyak kawasan perumahan dan juga harta benda penduduk setempat.

Justeru, pengasas kosmetik popular, Datuk Seri Vida yang sememangnya tinggal di kawasan berdekatan meluahkan rasa simpati terhadap apa yang telah berlaku.

“Kejadian puting beliung.. Tornado di Kampung Tawas, Ipoh, Perak. Setahu saya, sudah berpuluh tahun tiada kejadian ini.

“Beratus buah rumah tercabut bumbung. Tak sampai lima minit tapi kesan dia… trauma dan kesedihan mereka yang terlibat. Kebanyakan rumah orang Cina. Beraya dengan keuzuran rumah yang rosak,” katanya.

Justeru, Vida mengambil kesempatan tersebut untuk turun padang dan membantu mangsa-mangsa yang memerlukan.

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida)


“Saya lapang dada, dapat bantu mereka. Saya dengan cara saya. Saya bantu, saya kasih dan sayangkan semua.

“Semoga kehadiran saya boleh bantu mereka yang terjejas sebab tornado ini di Kampung Tawas, Ipoh, Perak,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, pengikut Vida memuji tindakan pantas Vida dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

“Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan segala urusan Datuk dan murahkan rezeki Datuk sekeluarga. Amin,” tulis seorang pengikutnya.

“Alhamdulillah baiknya Datuk. Moga terus sihat. Suka dengar Datuk berbahsa Cina. Hebat sangat, terbaik!” ujar netizen.

“Saya sangat bangga dengan Datuk Seri Vida, rajin membantu yang memerlukan. Semoga Datuk Seri Vida sihat selalu, dipermudah segala urusan dan diberkati Allah. Amin,” komen wargamaya.



***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini

Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend

Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​