Penyanyi popular, Datuk Ramli Sarip menyifatkan salah sebuah lagu hitsnya, Doa Buat Kekasih mempunyai penghayatan mendalam sehingga ia digemari ramai pendengar sejak tiga dekad lalu.
Ujar penyanyi yang digelar Papa Rock ini, lagu yang ditulis Hartinah Ahmad itu bukan hanya hiburan biasa tetapi ia dapat dihayati secara mendalam pada bait-bait liriknya.
Malah, beliau bersama gandingan duet lagu itu, Datuk Khatijah Ibrahim akan bergandingan dalam sebuah konsert jelajah, Doa Buat Kekasih yang akan diadakan bermula September depan.
Menariknya, persembahan kali ini diadakan untuk mengajak peminat berhibur sambil beramal untuk pesakit barah.
Bagi lokasi konsert ini yang akan diadakan di Esplanade, Singapura pada 17 Oktober nanti, ia dianjurkan Rasa Karya Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Ain.
“Hidup harus terus hidup. Perjalanan ini, perjalanan yang kita pun tidak tahu esok macam mana, tetapi kita harus (teruskan). (Konsert) ini adalah misi kehidupan, kemanusiaan. Jadi kita semua kena terima hakikat ini dan kita hulurkan bantuan," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Sumber: Mediacorp Singapura
Kamaruddin Razal
Tue May 01 2018
Radin Terpaksa Tangguh Kahwin Sebab Keadaan Kesihatan Kekasih - “Saya Bawa Dia Pergi Berubat…”
Semoga urusan Radin & pasangan dipermudah.
Mahalini Bakal Pindah Agama, Menikah Secara Islam Bersama Rizky Febian!
Penyanyi, Mahalini telah sah dikhabarkan akan berpindah agama selepas selesai upacara “mempamit” yang diadakan di kediaman Mahalini iaitu di kawasan Banjar Aseman Kawan, Desa Tibubeneng, Kuta Utara, Badung, Bali pada Sabtu.
Nabil Ahmad Lihat Aliff Aziz & Bella Astillah Sebagai ‘Loving Couple’ Ketika Di GV - “Saya Percaya Setiap Orang Ada Ujian…”
Nabil harap semua orang doakan Aliff & Bella.
“Yang Tak Setuju Bab Melutut, Saya Mohon Maaf” - Case Closed! Caprice Harap Jadi Pengajaran Buat Keyboard Warriors
Isu melutut case closed.
"Cubalah Tanya Ruhainies" - Bella Astillah
Bella juga enggan mengulas apabila diminta mengulas mengenai kemunculan Aliff dalam temubual di satu podcast di Singapura, baru-baru ini.
Paderi Curi Duit Tabung Gereja RM19,000 Main Candy Crush, Pokémon Go
Seorang paderi di Pennsylvania, Amerika Syarikat berdepan hukuman selepas didapati mencuri duit tabung gereja untuk membuat transaksi secara atas talian.
Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera
Malaysia dikejutkan pula dengan insiden pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera di muka dan badan dipercayai akibat disimbah asid.
Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!
Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique