gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Aril Pilus Cabar Diri Anjurkan Konsert Muzik Kita!, Angkut Butterfingers, Nosstress & Monoloque - "Awalnya Agak Kabur Sebab Saya Juga Selebriti Tapi ..."
VIRAL
Sistem AI Kenderaan Elektrik Sangka Pemandu Mengantuk Kerana Saiz Mata Kecil
BERITA
Pemuda Taiwan Hilang Kaki Gara-Gara Tipu Insurans
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Qasrina Karim Mohon Maaf, Janji Lebih Berhati-Hati - “Saya Juga Manusia…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
24/04/2025
03:55 MYT
Sponsor Banner
Qasrina Karim Mohon Maaf, Janji Lebih Berhati-Hati - “Saya Juga Manusia…”
Pelakon, Qasrina Karim tampil membuat permohonan maaf selepas menerima teguran daripada warganet berhubung penampilannya yang dikatakan kurang sopan ketika mengenakan hijab dalam satu video tular di TikTok baru-baru ini.
Pelakon drama My Famous Ex-Boyfriend mengakui kesilapan tersebut dan tidak menyalahkan mana-mana pihak atas kecaman atau teguran yang diterimanya.
“Itu memang salah saya sendiri, saya mungkin tak sedar pada waktu itu ada bahagian yang tidak tutup sebaiknya, saya minta maaf.
“Saya sangat berterima kasih kepada mereka yang menegur, saya juga manusia biasa yang melakukan kesalahan, jadi apa yang boleh saya cakap adalah saya minta maaf atas kekhilafan saya itu,” katanya kepada Gempak.
Mengulas mengenai komen warganet yang terkejut dengan penampilannya sehingga tidak mahu meminatinya, pelakon berusia 29 tahun itu secara jujur menyatakan tidak dapat menghalang tindakan tersebut.
Bagaimanapun, Qasrina menyedari sebagai seseorang yang mengenakan hijab dia harus lebih berhati-hati dengan imej yang ingin ditonjolkan kepada umum lebih-lebih lagi di sosial media.
“Saya tak boleh nak paksa sesiapa untuk minat atau tak minat saya.
“Itu terpulang kepada mereka tapi macam saya kata saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan jadi sebagai seseorang yang memakai hijab saya perlu lebih berhati-hati selepas ini,” ujarnya.
Terdahulu, Qasrina menerima kecaman daripada warganet apabila dilihat hanya mengenakan selendang berwarna hitam namun jelas kelihatan bahagian leher dan sedikit anak rambutnya.
Menerusi hantaran dimuat naik di TikTok, Meerqeen dan Qasrina dilihat seperti sedang bersiap sedia sebelum memulakan penggambaran bagi sebuah drama.
Topic Berkaitan
#Hijab
#Tular
#Video
#Qasrina Karim
#Nampak Aurat
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement