Laman Utama
“Baju Bundle, Nyanyi Betul-Betul Jangan Berangan” Gelagat Shiera Membebel Tangok Anak Masuk TV Lucu Sungguh!
Gelagat pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahirah sewaktu menonton program Hlive! menarik perhatian pengikut Instagram.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Shahirah atau lebih mesra dengan panggilan Shiera memuat naik video pendek yang merakamkan anak sulungnya, Allisya Tahir sedang ditemu bual dalam program berkenaan.
Namun apa yang menarik minat pengikutnya adalah ragam Shiera yang kecoh memberikan komen-komen lucu sepanjang Allisya menjawab soalan yang diberikan oleh hos.
Antara ayat-ayat yang membuatkan pengikutnya geli hati adalah:
“Baju bundle kau pakai, siapa makeup ni? Makeup sendiri tak ada budget. Kau nyanyi elok-elok sikit. Nak nyanyi,nyanyi betul-betul jangan berangan,” katanya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya terhibur dengan gelagat Shiera selain mengucapkan selamat maju jaya kepada Allisya yang kini bergelar penyanyi.
“Kalau aku tengok anak aku di tv aku pun macam tu juga... Tapi dalam hati... Bangga,” komen @cha.aiju.
“Bebel je maknya pun. Bukan anaknya dengo pun! Aduhai! Lawak la Shiera ni,” tulis @faudziah.selamat.
“Kecoh betul mak kau ni @tallisya72. Tak yang dia jerit-jerit tu macam la kau dengor dalam tv tu. Aduyai… Akak... Akak... Lawak betul la kak @shieraijoy ni Sindrom mak mak betul,” coret @waniearabella.
Terdahulu, Shiera sebelum ini memberikan sokongan kepada Allisya untuk menjadi penyanyi selepas melihat anaknya mempunyai minat dalam bidang itu.
Allisya merupakan anak dari hasil perkahwinan terdahulunya bersama vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt.
Kini Shiera berkahwin dengan pelakon Ijoy dan mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 16, Airra, 13, Audra, 11, dan Adeena, 3.
Must-Watch Video