Berita

"Baju Jangan Ketat, Tudung Jangan Makin Lama Makin Singkat" - Pesan Suami Farah Asyikin

gempak
Amri Hassan
23/03/2018
06:01 MYT
Sponsor Banner
"Baju Jangan Ketat, Tudung Jangan Makin Lama Makin Singkat" - Pesan Suami Farah Asyikin
Kembali ke persada seni suara dengan menyertai Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV2), penyanyi yang pernah popular dengan lagu Kembali Lagi Di Sisimu mendedahkan dia mendapat izin daripada suaminya terlebih dahulu.
Kata Farah, kemunculannya selepas enam tahun turut mendapat sokongan daripada peminat setianya.
Namun, ada syarat yang perlu Farah tepati daripada suaminya, Raja Iskadar Raja Mukhtaruddin sekiranya mahu menyertai sebarang pertandingan nyanyian lagi.
"Saya harus akui suami saya yang paling banyak menjadi pendorong dan memberikan restu untuk saya kembali aktif dalam bidang nyanyian.
"Tetapi dia juga berpesan kepada saya supaya sentiasa menjaga dan mengekalkan penampilan seperti sekarang.
"Katanya baju tak boleh ketat dan tudung kena labuh. Jangan pula makin lama tudung makin singkat," katanya ketika ditemui pada sidang media GGV2 di Hotel Istana, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Farah dan Raja Iskandar telah mendirikan rumah tangga pada Januari 2017 dan itu merupakan perkahwinan ketiga Farah.
Selain Farah, GGV2 turut menampilkan Awi Rafael, Adeep Nahar, Ippo Hafiz, Heliza Helmi, In Team dan Brothers sebagai peserta.
GGV2 bakal bersiaran mulai 31 Mac 2018, setiap hari Sabtu pukul 9 malam di saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135).
Teks oleh: Amri Hassan Foto: IG @farahasyikin.fa
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024