Laman Utama

Bakal Muncul Dengan Abang Long Fadil 3, Syafiq Yusof Akui Tertekan - “Orang Luar Tetap Akan Bandingkan…”

Izwan Isa
14/07/2022
04:50 MYT
Pengarah Syafiq Yusof mengakui agak tertekan menantikan tayangan filem arahannya, Abang Long Fadhil 3 yang bakal menemui penonton tidak lama lagi.
Syafiq menerusi temu bual di Era berkata, tekanan itu dirasai memandangkan filem Mat Kilau arahan abangnya, Syamsul Yusof mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan penonton tempatan.
“Rasa pressure itu memang ada. Walaupun saya tak nak bandingkan filem saya dengan filem-filem abang, namun orang luar akan tetap bandingkan. Mereka akan kata: ‘Oh dia tak sehebat abang dia, collection filem dia tak setinggi abang dia.’
“Kalau filem saya box office, alhamdulillah. Kalau tidak box office pun, saya akan terus berjuang buat filem yang bagus untuk industri perfileman di Malaysia,” katanya.
Sungguhpun tertekan, namun dia masih berbangga dengan kejayaan yang dimiliki oleh abangnya. Sehinggakan, Syafiq percaya abangnya turut memiliki sentuhan emas sama seperti bapanya, Yusof Haslam.
“Itu fakta. Ayah saya buat filem semua laku, semua hit. Abang saya juga punya touch yang sama. Saya jelah kadang-kadang laku kadang-kadang tidak. Rezeki masing-masing kan?
“Tetapi, saya tetap bangga dengan kejayaan abang saya. Menerusi kejayaan Mat Kilau, saya harap lebih ramai orang akan datang ke pawagam dan menonton filem tempatan.
“Dalam masa yang sama, ia menjadi penyebab kepada pengarah lain untuk mendapat peluang mengarahkan filem-filem berbajet besar, seterusnya menghasilkan karya-karya bermutu pada masa akan datang,” katanya lagi.
Sebelum menutup perbualan Syafiq sempat memberitahu filem arahan terbaharu, Abang Long Fadil 3 bakal menemui penonton pada September ini.
“Insya-Allah, Abang Long Fadil 3 bakal menemui penonton pada September ini. Sebenarnya filem itu sudah lama siap, tapi tertangguh akibat pandemik. Sekarang dah okey sedikit, dan filem Mat Kilau pun menunjukkan prestasi yang bagus… jadi orang sudah pun mula berani untuk ke panggung wayang semula,” katanya menutup perbualan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Jom Sambung Gelak, Ulang Banyak Kali! Abang Long Fadil 3 Boleh Ditonton Di Astro First Mulai 17 November Ini

gempak
15/11/2022
15:20 MYT
Tak sabar!
Laman Utama

Ozlynn Pernah Rasa Berbelah Bagi Untuk Terima Tawaran Jayakan Abang Long Fadil 3 Sehinggalah…

gempak
05/10/2022
06:50 MYT
Tak meriah kalau Ozlynn takda
Laman Utama

Abang Long Fadil 3 Raih Kutipan RM22 Juta, Pecah Rekod Sekuel Terdahulu

gempak
30/09/2022
10:20 MYT
Tahniah!
Laman Utama

Elizabeth Tan Jayakan Babak Aksi Tanpa Guna Khidmat Pelakon Lagak Ngeri Dalam Abang Long Fadil 3

gempak
29/09/2022
11:50 MYT
Terbaik Lizzy!
Laman Utama

Elizabeth Tan Kongsi Foto Cium Bibir Bersama Suami, Peminat Kecewa Nak ‘Unfollow’ - “Begitu Syulit Lupakan Lizzy..”

gempak
28/09/2022
03:25 MYT
Macam poster drama Korea!