Hiburan
Bakal Timang Cahaya Mata Kedua Pada Usia 23 Tahun, Tajul Muntah-Muntah & Mengidam
Penyanyi Tajul Ariff bakal menimang cahaya mata kedua apabila isterinya, Nurul Shamieza Eddie kini sedang hamil lima bulan.
Berkongsi perkara terbabit di Instagram, kata Shamieza, dia tidak berdepan alahan teruk berbanding kehamilan pertama sebelum ini.
"Kehamilan ini rasanya sama kot macam Carissa, mommy tak ada alahan cuma mual dan tak ada selera makan.
"Daddy (Tajul) yang dapat muntah-muntah dan mengidam macam-macam.
"Tapi, baby kedua ini rasa besar semacam, baru tiga bulan hamil dan macam enam bulan Carissa. Dan baby kicking semua dapat rasa cepat sangat," tulisnya.
Tambah Shamieza, anak pertamanya kini menjadi lebih manja dengannya sejak mengetahui ibunya sedang berbadan dua.
"Carissa faham mommy dia hamil lagi, jadi dia lebih manja. Tapi tiada istilah nanti Carissa dah tak dapat manja dah, semua mommy layan sama rata.
"Sebab anak pertamalah yang mengajar mommy jadi seorang mak, sakitnya kontraksi dan macam-macam lagi," katanya.
Shamieza dijangka bersalin pada awal Mei hadapan.
Tajul, 23, dan Shamieza berkahwin pada 10 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Adriana Carissa yang kini berusia setahun.
Must-Watch Video