Laman Utama

“Balik Rumah Saya Tidur Lena Je”- Fazziq Muqris Tidak Trauma Selepas Terima Panggilan Wanita Menggilai

Shahrin Zulkifle
17/03/2023
06:50 MYT

Pelakon dan penyampai radio Era, Fazziq Muqris menjelaskan dia masih dalam keadaan baik selepas berdepan situasi menyeramkan apabila menerima panggilan misteri di konti baru-baru ini.

Tidak merasa trauma dengan kejadian tersebut, Fazziq dalam masa sama berkata di tidak mahu mengulas lanjut mengenai situasi misteri itu, sebaliknya ingin melupakan sahaja.

“Saya kalau boleh tak mahu ulas lagi isu itu sebab khuatir akan jadi meleret. Sebab perkara ini sudah lepas, walaupun dah tular sehingga ke Indonesia dan negara lain, tetapi elok lupakan.

“Situasi itu mengejutkan saya. Pada mulanya saya hanya niat nak bersuka sahaja lakukan live dengan peminat di TikTok cerita topik pasal sekolah, tiba-tiba ada seseorang meluahkan perasaan yang mengerikan.

“Alhamdulillah, saya tidak trauma pun sampai sekarang. Saya percaya hantu tidak wujud, tetapi jin dan mahluk halus itu wujud.

“Saya pun tidak pasti siapa yang membuat panggilan itu, takut benda halus itu yang kacau saya. Saya sendiri tiada jawapan yang kukuh siapa dia itu,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, bekas peserta Hero Remaja 2021 itu meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang mengambil berat terhadap dirinya.

“Susulan kejadian tersebut, alhamdulillah saya baik-baik sahaja. Ramai orang risau dan khuatir dengan saya selepas kejadian pada hari itu. Saya berterima kasih kepada semua yang mengambil berat pada saya.

“Balik rumah saya boleh tidur dengan lena sahaja, tidak terganggu sehingga terbawa-bawa ke rumah. Saya percaya pada agama dan Allah, alhamdulillah semuanya baik,” tambahnya.

Terdahulu, Fazziq yang mengendalikan segmen 40 Era berdepan situasi menyeramkan apabila tiba-tiba menerima panggilan daripada seorang wanita yang menangis dan meminta tolong sebelum menggilai.

Kejadian tersebut berlaku sewaktu Fazziq bersama rakan setugas Zaid, membuat sesi siaran langsung bersama pendengar Era di laman sosial TikTok.

Sesi tersebut kemudian dirakam dan dimuat naik semula orang beberapa pengguna laman sosial itu sehingga menjadi tular.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Meerqeen Suka Karaoke, Mierul Aiman Ditahan Peminat, Sharifah Sakinah Hantu Paling Slay! Ini Antara Perkara Menarik Di Acara Hello Putrajaya

gempak
25/06/2024
09:55 MYT
Astro terus membawakan pengalaman baharu untuk lebih dekat kepada pelanggan menerusi Jelajah Hello di seluruh di bandar di Malaysia.
Laman Utama

Kahar Kapla High Council

gempak
11/06/2024
12:58 MYT
Jom! Jom! Jangan tunggu last minute untuk korang join Peraduan Lesen High Council
Hiburan

"Macam Tengok Adik Beradik Membesar" - Hariz Hamdan Tumpang Gembira Lihat Meerqeen & Nadhir Nasar Berjaya

gempak
22/05/2024
07:55 MYT
Pelakon meningkat naik, Hariz Hamdan tidak menjadikan kejayaan rakan seperjuangannya sebagai salah satu persaingan di dalam industri seni tanah air.
Hiburan

Netizen Lega Sarah Yasmine Tak Kenal Nadhir Nasar - “Alhamdulillah Nadhir Clean"

gempak
28/04/2024
02:55 MYT
Pendedahan yang dibuat Sarah Yasmine baru-baru ini mengejutkan ramai pihak.
Hiburan

‘Kami Care Drive Thru Bubur Lambuk’ Anjuran Astro Radio Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

gempak
03/04/2024
06:23 MYT
Tahniah Astro Radio!