Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

BamBam Puji Musang King Malaysia - “Rasanya Manis, Tak Terlalu Pahit”

Gempak
15/07/2024 06:55 MYT
Penyanyi asal Thailand, BamBam mendedahkan pengalaman menikmati durian di Malaysia merupakan satu pengalaman yang bermakna dan tidak boleh dilupakan.

Puji Musang King

BamBam yang juga merupakan anggota kumpulan K-Pop GOT7 itu menjelaskan, dia berasa teruja kerana dapat menikmati buah durian selain diberi peluang untuk membelah sebiji Musang King baru-baru ini.



Pemilik nama penuh Kunpimook Bhuwakul itu menambah, Musang King Malaysia juga disifatkan tidak terlalu pahit dan masih mempunyai rasa manis.

“Musang King sangat sedap. Rasanya manis dan tidak terlalu pahit. Mereka membenarkan saya untuk kopek dan buka sendiri durian tersebut.

“Ia merupakan pengalaman yang sayang bermakna. Shout out to Malaysia sekali lagi,” tuturnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Desak Jatuhkan ‘Hukum' Buat Jennie Blackpink Kerana Hisap Vape

ARTIKEL BERKAITAN: Pameran 7 Kumpulan K-pop Singgah Di KL! Ada BTS, Enhypen, Le Sserafim & Ramai Lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Dokumentari Burning Sun Dedah Fakta ‘Red Room’, Pengunjung Wanita Diberi Dadah, Diperkosa

ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Blackpink Beli Rumah ‘Tersorok’ Di Beverly Hills, Harga RM19 Juta

ARTIKEL BERKAITAN: Sekolah Menengah K-Pop Dibuka Di Busan Pada 2028!

BamBam mengulas mengenai video menikmati durian Musang King yang dimuat naik di platform media sosial miliknya ketika dia tiba di Kuala Lumpur.

Hadir pada acara Redmi Note 13 Iconic Fan Meet yang diadakan di Pavilion Kuala Lumpur pada Sabtu lalu, BamBam tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan peminat, selain memberi melayani peminat bertuah untuk bergambar bersamanya.



Selain peminat Malaysia, peminat-peminat dari Thailand, Vietnam dan Filipina turut hadir pada majlis berkenaan.

Sebelum mengundurkan diri, BamBam sempat berkongsi perkembangan terkini kariernya sebagai penyanyi.

“Terima kasih dengan kasih sayang dan sokongan yang anda berikan kepada saya. Terima kasih sebab datang berjumpa saya hari ini.

“Saya sedang siapkan material baharu untuk anda semua dan saya harap anda sabar menantikannya - ia akan dilancarkan tidak lama lagi,” katanya lagi.

#GOT7 #Musang King #BamBam