Hiburan

Dokumentari Burning Sun Dedah Fakta ‘Red Room’, Pengunjung Wanita Diberi Dadah, Diperkosa

gempak
Gempak
24/05/2024
14:55 MYT
Sponsor Banner
Dokumentari Burning Sun Dedah Fakta ‘Red Room’, Pengunjung Wanita Diberi Dadah, Diperkosa
Filem dokumentari Burnin Sun: Exposing the Secret Kpop Chart Groups yang disiarkan sejak 19 Mei lalu di BBC telah menyalurkan fakta yang tidak pernah diungkapkan sekaligus memberi banyak kejutan kepada masyarakat.
Dokumentari tersebut memfokus kepada kes jenayah yang mengejutkan Korea Selatan dengan salah seorang anggota Big Bang, Seungri sebagai dalang pelacuran, penyebaran foto dan video pornografi dalam kalangan selebriti dan wanita tanpa pengetahuan di aplikasi kumpulan sembang (groups chat).

Goo Hara

Antara yang menarik perhatian adalah penglibatan mendiang penyanyi Goo Hara yang berusaha membongkar perbuatan keji dan kes Burning Sun kepada wartawan Ko Eun Sang.
Selain itu, pengakuan bekas pekerja kelab malam tersebut dan mangsa yang ‘diculik’ juga mengejutkan ramai.
Menerusi dokumentari skandal Burning Sun yang tercetus pada 2019 lalu, kelab malam tersebut dipercayai mempunyai banyak ruangan rahsia yang menyimpan sisi gelap para pengunjung VIP.
Ruangan rahsia yang dikenali sebagai Red Room dikawal ketat itu perlu dibayar sehingga RM354,000 dengan VIP akan ‘dilayan’ oleh pengunjung wanita yang mereka sukai.
Salah seorang bekas pekerja memberitahu wartawan tersebut, VIP yang menempah ruangan rahsia itu akan dilayan oleh wanita yang ‘didapatkan’ dengan pelbagai cara keji termasuk disuntik dadah Gamma-hidroksibutirat (GBH) atau ekstasi dalam bentuk cecair yang digunakan sebagai ubat penenang.
Malah seorang mangsa menceritakan pengalaman ngerinya apabila ‘diculik’ oleh VIP untuk melayan nafsu serakah mereka.

“Saya beritahu teman selepas diberi minuman, saya berasa lain macam dan mabuk lebih awal daripada kebiasaan. Saya pergi ke bilik air dan pulang ke tempat kami.

“Namun saya terbangun di sebuah hotel bersama lelaki yang memberi saya minuman sewaktu di Burning Sun.
“Saya dipaksa, diperkosa dan gambar serta video seks dirakamkan tanpa kebenaran,” dedah mangsa seperti dipaparkan dalam dokumentari tersebut.
Menerusi perbuatan keji inilah skandal Burning Sun menyebarkan pelbagai aksi tidak senonoh dan seks tanpa rela kepada ‘kumpulan sembang’ sebelum kes tersebut terbongkar.

Seungri

Seungri atau nama sebenarnya Lee Seung-hyun kemudian ditujuh dengan sembilan pertuduhan termasuk pelacuran dan perjudian dan bersalah ke atas ke semua tuduhan.
Dia kemudian dijatuhi hukuman selama tiga tahun pada 2021. Namun ramai yang tidak berpuas hati dengan hukuman yang diterima Seungri dan disifatkan sebagai ringan serta tidak sepadan dengan jenayah kejam yang dilakukan terhadap para mangsa.
BERITA TRENDING: Berlambak Kes Jenayah, Peminat Terkejut Seungri Keluar Penjara Kurang 100 Hari
PILIHAN PEMBACA: Muktamad! Dituduh 9 Kes Jenayah Termasuk Rakam Aksi Porno, Seungri Kena Penjara 1 Tahun 6 Bulan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live