Hiburan

Netizen Desak Jatuhkan ‘Hukum' Buat Jennie Blackpink Kerana Hisap Vape

gempak
Umirah Halim
09/07/2024
08:00 MYT
Sponsor Banner
Netizen Desak Jatuhkan ‘Hukum' Buat Jennie Blackpink Kerana Hisap Vape
Nama bintang K-pop, Jennie Blackpink menjadi perbualan hangat di Platform X susulan tersebar sepotong video menunjukkan bintang itu menghisap vape di dalam bangunan.
Video itu dimuat naik sebagai sebahagian daripada blog di YouTube untuk peminat Jennie dan sudah dipadamkan, namun salinannya kekal tersebar di Internet.

Jennie hisap vape

Menerusi rakaman berkenaan, Jennie kelihatan menghembuskan asap vape dalam ruangan yang mana terdapat pendandan rambut dan jurusolek sedang bekerja untuk menyiapkan dirinya.
Kementerian Luar Korea Selatan hari ini memaklumkan AFP bahawa pihaknya sudah menerima aduan rasmi.
Memetik laporan Korea Times, seorang warganet mendakwa insiden itu mungkin berlaku di Capri, Itali iaitu lokasi Jennie menjalani penggambaran.
Dia mendesak Kedutaan Korea Selatan di Itali dan Kementerian Luar supaya menyiasat perkara itu, bahkan meminta Seoul memohon untuk menyiasat insiden merokok Jennie daripada pihak berkuasa Itali dan mengambil tindakan tegas.

ARTIKEL TRENDING: Aisyah Hijanah Nafi Dakwaan Seleweng Duit Derma Orang Awam, Bakal Ambil Tindakan - “Jika Saya Berdiam Pun Tetap Disalahkan”

ARTIKEL TRENDING: Alif Teega, Aisyah Hijanah Nafi Terlibat Komisyen Derma 20% - "Malah Muka Kami Digunakan Tanpa Izin"

​ARTIKEL TRENDING: ‘Kaut’ Komisen Lebih 4 Peratus Daripada Kutipan Derma? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Dari Segi Hukum Syarak

​ARTIKEL TRENDING: Ini Jumlah Derma Yang Disumbangkan Gigi & Bella Hadid Untuk Palestin

​ARTIKEL TRENDING: RM564,000 Terkumpul Untuk Tabung Bantuan Kanak-Kanak Palestin Selepas Ariana Grande Kongsi Link Derma Di IG Story

Malah, Kementerian Luar Korea Selatan juga telah mengesahkan bahawa pihaknya menerima petisyen berkaitan insiden berkenaan.
Blackpink antara artis berkumpulan K-pop paling berjaya dengan lagunya kerap menduduki carta teratas tempatan dan antarabangsa, selain tersenarai dalam carta US Billboard 200.
"Menyiarkan video sebegitu di saluran SNS sendiri menimbulkan persoalan tahap logik akal Jennie.. Ia sangatlah mengecewakan," kata seorang pengulas di portal Korea Selatan Naver.
Korea Selatan dilapor menghadapi kadar merokok dalam kalangan penduduk yang tinggi, namun data rasmi setakat 2022 merekodkan hanya lima peratus wanita Korea Selatan yang merokok berbanding 30 peratus lelaki.
Terdahulu, kontroversi mengenai Jennie merokok di dalam bangunan, menghembus asap di hadapan muka kakitangannya' antara tajuk utama laporan agensi berita Yonhap.
Sumber: Korean Times
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live