Pencetus Ummah (PU) Rahmat berkongsi berita gembira apabila penyanyi Bandi Amuk berjaya mengakhatam 30 juz al-Quran baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram, PU Rahmat memaklumkan, Bandi telah mengambil masa selama tiga tahun untuknya mengakhatam al-Quran.

Difahamkan, Bandi telah menerima didikan daripada seorang guru mengaji bernama Ustaz Radin.

Malah, selain Bandi seorang lagi anak murid kepada Ustaz Radin turut berjaya mengkhatam al-Quran bersama-sama.

“Tahniah diucapkan kepada Encik Bandi Amuk (Nasabandi Jumat) dan Encik Ahmad Norani Sadiron kerana berjaya mengkhatamkan 30 Juz al-Quran secara bertalaqqi (berguru) daripada Iqra’ sehinggalah khatam al-Quran.

“Saya kagum dengan usaha mereka tanpa henti selama tiga tahun lebih iaitu dari 2018 hingga 2022 yang mana sanggup belajar daripada iqra’ kemudian berusaha untuk memperbaiki bacaan, makhraj, tajwid sehingga tahap mereka berjaya mengkhatamkan bacaan al-Quran mereka secara bertalaqqi.

“Semoga ini permulaan buat mereka berdua dalam mendalami ilmu al-quran dan mengamalkan segala isi kandunganya Insya-Allah,” kongsinya.

A post shared by Rahmat Ikhsan / Pu Rahmat (@rahmat_ikhsan_official)

Menjengah ke ruangan balas, ramai wargamaya yang turut menumpang gembira dengan pencapaian bekas bintang Gegar Vaganza musim ke-8 itu.

Malah tidak kurang juga yang berasa ‘malu’ apabila Bandi sudah berjaya mengkhatam al-Quran sebelum mereka.

“Alhamdulillah moga dianugerahkan pahala yang berlipat ganda kepada mereka berdua,” kata seorang wargamaya.

“Subhanallah, Alhamdulillah, Masyallah, semoga kita semua diberikan taufiq dan hidayah dalam membaca al-Quran,” komen seorang warganet.

“Kita patut cemburu dengan mereka, semoga masa kita sampai sebelum masa menutup mata yang sampai dahulu,” kongsi seorang netizen.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.