Banglo mewah yang menjadi lokasi penggambaran program realiti Keeping Up With The Kardashians dilaporkan dalam proses untuk dijual.

Menurut laporan Daily Mail, hartanah itu ditawarkan dengan harga AS$8.95 juta iaitu kira-kira RM39 juta.

Kediaman mewah itu mempunyai reka bentuk unik dan mewah seperti sebuah istana.

Rumah berkeluasan 7,800 kaki persegi itu menempatkan tujuh bilik tidur dan lapan bilik mandi serta fasiliti yang lengkap.

Hiasan dalaman rumah mewah itu juga turut mempunyai lukisan mural daripada pelukis terkenal Giorgio Tuscani.

Selain penggambaran program realiti keluarga Kim Kardashian, rumah tersebut juga pernah menjadi lokasi siri HBO iaitu Rome dan True Blood.

Sumber: Daily Mail