Hiburan

Bantu Industri Kreatif Yang Terjejas Akibat Covid-19, FINAS Lancar PELAKSANA

gempak
Syafiqah Jalal
28/07/2020
12:36 MYT
Sponsor Banner
Bantu Industri Kreatif Yang Terjejas Akibat Covid-19, FINAS Lancar PELAKSANA
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah melancarkan Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA) bagi membantu memperkasakan semula industri kreatif yang terjejas akibat impak wabak pandemik Covid-19.
Pelancaran itu berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Putra (PWTC) hari ini dan ASTRO merupakan salah satu pihak penyiaran yang menerima momerandum persefahaman (MOU) ini.
Menerusi PELAKSANA, Peruntukan Dana Kandungan Digital dari RMK 11 sebanyak RM 40 juta juga diperuntukan kepada industri sokongan yang berkaitan dengan penggiat industri. Pelan tindakan ini akan berlangsung selama enam bulan bermula dari bulan Julai hingga31 Disember 2020.
Dalam pada itu, pelan PELAKSANA FINAS telah membahagikan empat inisiatif yang bakal membantu penggiat industri antaranya, Dana Kandungan Digital, Geran Pembangunan Model Insan , Pakej Insentif di bawah Skim Tayangan Wajib.
Di samping itu, pelaksanaan PELAKSANA FINAS memberi kebebasan kepada stesen –stesen televisyen untuk berkarya apabila stesen televisyen akan mengeluarkan surat tawaran kepada syarikat penerbitan yang bersesuaian dengan spesifikasi syarikat tersebut dan memohon pembiayaan Program PELAKSANA melalui Bahagian DANA FINAS.
Kategori penerbitan akan dikenalpasti oleh FINAS dan stesen televisyen sama ada penerbitan tersebut merupakan drama bersiri, supertel, rancangan majalah, dokumentari, bual bicara, rancangan hiburan dan sukan.
Turut menghadiri majlis ialah YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Datuk Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), YBrs. Tuan Zakaria Abdul Hamid, Pengerusi FINAS, YBhg. Dato’ Suriani Dato’ Ahmad , Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), YBrs. Encik Shakib Ahmad Shakir, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi dan Industri Kreatif), YBrs. Encik Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YBhg. Datuk (Dr) Syed Hussian Aljunid, Pengerusi Urusan Media Prima, YBhg. Dato’ Iskandar Mizal Mahmood, Pengarah Urusan Media Prima, YBrs. Encik Henry Tan Poh Hock, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ASTRO, YBrs. Encik Namanzee Harris, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Hijrah, dan wakil persatuan – persatuan perfileman.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024