Hiburan

Bantu Pelancong Hong Kong Terkandas Di Singapura, Abang 'Pilot' Ini Diangkat Sebagai Hero Malaysia! Cayalah!

Hanafis Haris
31/12/2019
09:32 MYT
Seorang individu yang dikatakan bekerja sebagai juruterbang di sebuah syarikat penerbangan diangkat sebagai 'hero Malaysia' apabila tindakannya membantu pasangan pelancong dari Hong Kong menjadi viral.
Rakaman berdurasi lebih 19 minit itu dipaparkan menerusi saluran YouTube pasangan itu sendiri iaitu iChang Hong Kong.
Difahamkan, kisah berkenaan bermula apabila kedua-dua pelancong itu terkandas di Lapangan Terbang Changi, Singapura selepas bas yang sepatutnya membawa mereka ke Johor Bahru tidak muncul-muncul.
Mereka walaubagaimanapun 'diselamatkan' oleh individu dikenali sebagai Fadzil yang kebetulan menunggu kedatangan bas terakhir.
Malah, Fadzil turut membantu pasangan berkenaan mendapatkan perkhidmatan e-hailing sebaik melepasi sempadan Singapura ke Johor Bahru.
Tidak cukup dengan itu Fadzil turut membuktikan dia seorang berhati murni apabila enggan menerima 'hadiah' wang ringgit yang diberikan kepada kedua-dua pelancong tersebut.
Tindakannya itu kemudian mendapat pujian ramai, malah sikapnya yang mesra juga cukup menggambarkan perwatakan rakyat Malaysia.
Anda boleh lihat video penuh serta komen-komen menarik netizen dibawah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.
Viral

Lelaki Berpakaian Wanita ‘Kantoi‘ Curi Baju Dalam

gempak
25/07/2024
04:01 MYT
Perbuatan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam di sebuah kawasan kejiranan berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).
Hiburan

Adidas Mohon Maaf Pada Bella Hadid - "Kami Melakukan Kesilapan Yang Tidak Disengajakan"

gempak
25/07/2024
02:30 MYT
Syarikat pakaian sukan berpangkalan di Jerman, Adidas memohom maaf kepada supermodel terkenal berdarah campuran Palestin, Bella Hadid.
Hollywood

Celine Dion Dibayar RM9 Juta Untuk Nyanyi Satu Lagu Di Olimpik Paris 2024

gempak
25/07/2024
00:30 MYT
Khabar angin legenda pop terkenal dunia Celine Dion akan tampil kembali di upacara perasmian Sukan Olimpik Paris, awal pagi Sabtu ini semakin bertiup kencang.