Hiburan
Bantuan Kepada Puteri Balqis Di Salah Erti, Aliff Syukri Menangis…Caprice Suruh 'Nangis' Real Sikit!
Jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa selepas niat baiknya membantu pelakon Puteri Balqis di salah erti.
Aliff menerusi posting di laman sosial Instgram (IG)nya berkata, apa kesalahan yang dilakukan sehingga ramai yang melemparkan tohmahan terhadap dirinya.
Tambahan lagi, kata Aliff niatnya hanya untuk membantu dan tidak pernah terfikir untuk mengambil kesempatan terhadap kesukaran orang lain.
“Kalau saya tak bantu orang suruh bantu, kalau tak posting orang keep tanya...Apa sebenarnya korang nak?,” luahnya serba salah.
Video yang dimuat naik Aliff di IGTV itu telah mendapat lebih 520 ribu tontonan dengan hampir 2300 komen daripada netizen.
Aliff turut memetik sedutan video penyanyi rap Caprice yang mempersoalkan tindakannya bertanya tentang wang sumbangan RM100,000 diperolehi Puteri Balqis.
Perkongsian tersebut kemudiannya menarik perhatian Caprice yang turut membuat posting balas kepada Aliff.
Di ruangan kapsyen, Caprice seolah-olah menyindir Aliff apabila meminta warga net menghubungi Fatimah Abu Bakar untuk memberi kelas lakonan kepada usahawan berjaya itu.
“Someone please call Fatimah Abu Bakar and give this man some classes macam mana nak nangis kasi nampak real sikit.,” tulisnya.
Perkongsian Caprice itu turut mendapat hampir 47 tanda suka dan 740 komen warga net sejak ia dimuat naik pada dua hari lalu.
Must-Watch Video