Laman Utama

“Banyak Belajar Daripada Pelakon Senior” - Danish Hazriq Teruja Membawakan Watak Khay Dalam I-Tanggang

Gempak
10/09/2021
11:50 MYT
Banyak pengalaman berguna yang dikutip oleh pelakon cilik Danish Hazriq sewaktu menjayakan watak Khalil Rayyan atau Khay menerusi drama bersiri terbaharu, I-Tanggang.
Menurut Danish, 9, pengalaman paling berharga apabila dia dapat menimba ilmu lakonan daripada otai-otai industri seperti Sherie Merlis dan juga Faizal Hussein.
“Sejujurnya, saya berasa sangat bertuah kerana diberi peluang untuk membawakan watak Khay menerusi drama I-Tanggang ini. Banyak yang saya pelajari khususnya daripada pelakon-pelakon senior.
“Apabila bersama dengan mereka (pelakon senior), secara tidak langsung saya dapat menjiwai watak yang dipertanggungjawabkan dengan sempurna,” ujarnya sewaktu sesi sidang media virtual I-Tanggang yang diadakan baru-baru ini.
Bercerita lanjut mengenai karakter Khay, Danish berkata, watak yang dijayakan itu agak berat kerana ia melibatkan mainan jiwa yang agak dalam.
“Menerusi drama ini, Khay digambarkan sebagai seorang kanak-kanak yang taat kepada ibu dan bapanya, walaupun ibunya, iaitu Emma kerap menderanya.
“Dalam masa yang sama, dia terperangkap dalam konflik keluarga memandangkan ibu dan bapanya telah berpisah. Sebagai kanak-kanak, dia buntu untuk berpihak pada ibu atau ayahnya,” ujar Danish lagi.
Drama arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin dan juga pelakon popular, Rashidi Ishak ini mengangkat mesej tentang penyakit mental Munchausen Syndrome By Proxy. Penyakit ini merupakan penyakit mental yang menyebabkan penderitanya sanggup untuk mendera seseorang demi meraih perhatian dan wang.
I-Tanggang mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay, penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma, ibu kepada Khay pula merupakan seorang influencer (pempengaruh) media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya.
Konflik tercetus apabila Khay bertemu dengan dua rakan virtualnya, Royal-E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) lalu menubuhkan kumpulan sembang ‘I-Tanggang’.
Dilakonkan oleh Faizal Hussein, Sherie Merlis, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofia, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Sofea Jane, Andy Teh dan Rashidi Ishak, drama I-Tanggang bakal disiarkan setiap Isnin, bermula 13 September 2021 pukul 9 malam di Astro Citra.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.
Hiburan

Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

gempak
21/07/2024
08:30 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies seakan-akan gagal menahan sebak ketika sambutan pra-ulangtahun kelahirannya ke-32 pada Sabtu.
Hiburan

Teman Wanita Dakwa Dipukul Pelakon Tarik Balik Laporan Polis

gempak
20/07/2024
07:30 MYT
Wanita yang membuat laporan polis mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon sudah menarik balik aduannya.