,
Viral

Pesta Kahwin Ada Lagi 2 Bulan, Anant Ambani Sambung Rai Di UK, Putera Harry, Meghan Tetamu

Gempak
26/07/2024
15:55 MYT
Ingatkan sudah selesai, rupa-rupanya masih ada lagi majlis perkahwinan penuh sensasi yang mahu diraikan antara orang terkaya dunia, Mukesh Ambani.
Setelah anak bongsunya, Anant Ambani selamat berkahwin dengan Randhika Merchant pada 12 Julai lalu dalam majlis gemilang yang berlangsung selama beberapa hari di India, pasangan itu kesekian kali akan diraikan.

Kali ini majlis perkahwinan mereka akan berlangsung di United Kingdom, lapor IndependentUK.

Tepatnya di hotel penuh bersejarah Stoke Park Country Club berhampiran Slough. Hotel tersebut pernah menjadi lokasi penggambaran filem Bridget Jones’ Diary dengan babak Hugh Grant jatuh di dalam air sewaktu mendayung.

ARTIKEL BERKAITAN: Habiskan RM2.9 Bilion, 20 Juta Bunga, 37,500 Menu, Majlis Anant Ambani & Radhika 15 Kali Ganda Mahal Dari Perkahwinan Diraja Harry, Meghan

​ARTIKEL BERKAITAN: Lepas 4 Bulan Pra Perkahwinan, Kos RM700 Juta, Dari Kim K Sampai Mantan Presiden Hadir, Anant Ambani & Radhika Akhirnya Kahwin

​ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa Kaya Sangat? Keluarga Ambani Bakal Langsungkan Majlis Perkahwinan 'Crazy Rich Asians' Sebenar!

​ARTIKEL BERKAITAN: Kalahkan Rihanna, Justin Bieber Dibayar RM47 Juta Menyanyi Di Pra Perkahwinan Anak Lelaki Terkaya Di Asia

​ARTIKEL BERKAITAN: Lepas Rihanna, Katy Perry Buat Persembahan Di Pra Perkahwinan Ke-2 Anak Individu Terkaya Asia

Hotel tersebut kemudian dibeli Ambani pada harga mencecah RM288 juta pada tahun 2021. Kini hotel yang telah menjalani beberapa renovasi tersebut bersedia menerima tetamu dalam majlis perkahwinan Anant dan Radhika.
Tentu sahaja pesta perkahwinan di hotel tujuh bintang tersebut akan terus dibanjiri tetamu yang terdiri dalam kalangan tokoh penting dunia dan para selebriti.

Putera Harry

Antara figura yang dipercayai akan menghadiri pesta di UK ini adalah Putera Harry dan isteri, Meghan Markle. Pasangan Diraja ini akan disertai sekali lagi oleh Boris dan Carrie Johnson yang sudah memeriahkan pesta di Mumbai sebelum ini.
Terdahulu Anant dilaporkan membelanjakan sekitar RM2.9 bilion untuk majlis perkahwinan yang dimulai dengan beberapa siri pesta pra perkahwinan sejak Mac lalu.
Pasangan tersebut diraikan antaranya dengan persembahan eksklusif dalam pesta berbeza antaranya dari Justin Bieber, Rihanna dan Katy Perry.
Malah majlis di UK bukan yang terakhir apabila mereka hanya akan mengakhiri pesta perkahwinan dua bulan lagi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Habiskan RM2.9 Bilion, 20 Juta Bunga, 37,500 Menu, Majlis Anant Ambani & Radhika 15 Kali Ganda Mahal Dari Perkahwinan Diraja Harry, Meghan

gempak
16/07/2024
15:40 MYT
Perkahwinan serba mewah anak orang kesembilan terkaya dunia, Anant Ambani dengan Radhika Merchant masih menjadi buah mulut.
Viral

Lepas 4 Bulan Pra Perkahwinan, Kos RM700 Juta, Dari Kim K Sampai Mantan Presiden Hadir, Anant Ambani & Radhika Akhirnya Kahwin

gempak
13/07/2024
13:55 MYT
Selepas lebih empat bulan meraikan majlis pra perkahwinan penuh gemilang, akhirnya anak orang terkaya Asia, Anant Ambani dan Radhika Merchant berkahwin.
Hiburan

Kenapa Kaya Sangat? Keluarga Ambani Bakal Langsungkan Majlis Perkahwinan 'Crazy Rich Asians' Sebenar!

gempak
06/07/2024
16:24 MYT
Anant Ambani, 29, akan disatukan dengan teman wanitanya, Radhika Merchant, dalam sebuah majlis yang dilabel sebagai 'wedding of the year'.
Hiburan

Kalahkan Rihanna, Justin Bieber Dibayar RM47 Juta Menyanyi Di Pra Perkahwinan Anak Lelaki Terkaya Di Asia

gempak
06/07/2024
13:30 MYT
Pesta mewah menuju perkahwinan Anant Ambani dan Radhika Merchant kembali berlangsung.
Hiburan

Lepas Rihanna, Katy Perry Buat Persembahan Di Pra Perkahwinan Ke-2 Anak Individu Terkaya Asia

gempak
01/06/2024
14:55 MYT
Anant Ambani, 28, hanya akan berkahwin dengan kekasih, Radhika Merchant, 29, pada 12 Julai 2024.