Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Banyak Buat Pembedahan Plastik, Nikita Mirzani Kata: “Operasi Hidung Dengan Sinus Jauh Beza Guys”

Maliah Surip
17/07/2024 00:02 MYT
Artis sensasi Indonesia, Nikita Mirzani dilihat ikut memberi pandangan mengenai kisah beberapa rakan selebriti yang melakukan pembedahan plastik atas nama perubatan.

Tanpa menyebut nama rakan artis, Nikita bercakap tentang alasan sinus yang digunakan sehingga hidung menjadi mancung.

Tambahnya, menggunakan sakit sinus sebagai alasan memancungkan hidung adalah tidak masuk akal.

“Saya ini sebagai manusia yang sangat dekat dengan pembedahan plastik hairan sama manusia, ‘kenapa kalian kalau mahu merubah bentuk hidung jadi mancung itu harus alasan sinus?" kata Nikita dalam Insta Stories miliknya pada Jumaat seperti dilaporkan InsertLive.

BERITA TRENDING: Pempengaruh Buat Live TikTok Dengan Nikita Mirzani, Netizen Terhibur: “Kau Cuy Kan Je”

Dia juga menulis: “Sembuhkan sinus sama operasi hidung itu jauh berbeza guys.

“Saya belum pernah bertemu doktor yang pesakitnya mengalami sinus tapi disuruh mancungkan hidung.”

Menurut Nikita yang tidak pernah menyembunyikan fakta dirinya beberapa kali melakukan pembedahan plastik, seseorang terutama selebriti seharusnya terbuka berkongsi mengenai tindakan melakukan pembedahan plastik agar penampilan lebih baik.

Jujur dan jangan membodohi netizen dengan alasan tidak masuk akal, pesannya lagi kerana menurut Nikita bukan satu kesalahan jika seseorang mau mengubah bentuk wajah atau tubuh, terlebih menggunakan duit sendiri.

“Kita kan public figure jangan jangan bohong netizen. Kita kalau mahu cantik cakap saja ‘saya mahu ubah bahagian (badan), its fine.

“Jangan guna alasan sinus lah," pesannya.

Nikita juga mendedahkan lebih lapan kali melakukan pembedahan plastik kerana mahu dilihat lebih cantik tanpa menggunakan alasan penyakit.

“Saya operasi lebih dari lapan kali tidak ada alasan penyakit. Sebab saya hanya ingin terlihat lebih cantik dan enak dilihat," tutup Nikita.

Pelakon itu diketahui telah melakukan pembedahan antaranya pada payu dara, kelopak mata dan hidung.

BERITA TRENDING: Nikita Mirzani Tak Akan Beri Harta, Buang Anak Perempuan Dari Keluarga

BERITA TRENDING: Kecoh Mahalini ‘Buat Hidung’, 4 Artis Indonesia Ini Hampir Tidak Dikenali Lepas Buat Pembedahan Plastik

BERITA TRENDING: Selain Mahalini, Rizky Febian Juga Ikut Buat Pembedahan Hidung

#Viral #Indonesia #Nikita Mirzani #Bedah #Hidung #Plastik #Sinus