,
Gaya Hidup

Kecoh Mahalini ‘Buat Hidung’,  4 Artis Indonesia Ini Hampir Tidak Dikenali Lepas Buat Pembedahan Plastik

Maliah Surip
10/07/2024
07:51 MYT
Dunia hiburan Indonesia sedang heboh dengan penampilan baharu Mahalini yang didakwa melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidungnya.

BERITA TRENDING: Selain Mahalini, Rizky Febian Juga Ikut Buat Pembedahan Hidung

Hidung penyanyi lagu Sial itu dikatakan lebih mancung malah ramai yang hampir mengenali Mahalini sewaktu tampil membuat persembahan di satu festival.
Bagaimanapun pembedahan plastik dalam kalangan selebriti di republik tersebut bukan satu rahsia kerana ramai yang melakukan hal serupa atas pelbagai alasan.
Siapa sahaja mereka?

Lucinta Luna

Selebriti sensasi Lucinta Luna boleh disifatkan sebagai individu yang ketagih melakukan pembedahan plastik.
Diketahui lahir sebagai lelaki, Lucinta Luna yang memilih ‘menjadi perempuan’ telah menjalani pelbagai pembedahan plastik pada hampir semua tubuh badannya.
Lucinta antaranya telah melakukan pembedahan pada peti suara, payu dara, hampir seluruh bahagian wajah serta punggung.
Penampilan terkini Lucinta juga hampir tidak dikenali selepas perubahan drastik pada wajahnya yang tidak lagi seperti beberapa tahun lalu.
Lucinta yang melakukan kebanyakan pembedahan plastik di Korea Selatan dilihat tampil mirip patung Barbie.

BERITA TRENDING: Pembedahan Baru Kering, Lucinta Luna Dakwa Muka Mirip Jisoo Blackpink Pula

BERITA TRENDING: [VIDEO] Lucinta Luna Sedekah Lembu Korban Untuk Jiran Tetangga, Masih Recover Selepas Bedah Buang Halkum

BERITA TRENDING: "Saya Tak Gembira, Takut Dengan Dosa" - Muncul Imej Maskulin, Muhammad Fatah Mengaku Penat Jadi Lucinta Luna?

BERITA TRENDING: Mengaku Hamil, Lucinta Luna Disindir Netizen; "Positif Gila"

Titi DJ

Penyanyi terkenal Indonesia, Titi DJ mengaku telah melakukan operasi anti-aging di Korea Selatan.
Pada usia 58 tahun, wajah penyanyi Takkan Ada Cinta Yang Lain ini kelihatan lebih tegang dan menawan.
Menurut Titi DJ yang selalu berkongsi perkembangan pembedahan plastik yang dilakukan, dia mengaku menjalani 5 tahap operasi iaitu face lift, forehead lift, neck lift, lower blepharoplasty, dan fat graft.
Malah Titi DJ mengaku melakukan semua pembedahan plastik untuk kelihatan cantik dan kelihatan lebih muda daripada usia sebenar.
“Saya melakukan (pembedahan) untuk kepuasan diri sendiri,” katanya mengenai pembedahan yang dilakukan sekitar November tahun lalu.

Ivan Gunawan

Ivan Gunawan telah melalui banyak transformasi diri sejak tahun 2022.
Pernah memiliki tubuh badan yang gempal, penampilan hos, pereka fesyen dan pelakon ini mendadak berubah dua tahun kebelakangan ini.
Selain kurus, Ivan, 43, juga telah menjalani beberapa pembedahan plastik yang membuatkan penampilannya berubah.
Ivan telah melakukan pembedahan pada bahagian hidung di Korea Selatan sebelum beberapa bahagian pada wajahnya termasuk pipi yang kelihatan lebih tirus membuat dirinya lebih tampan.
Ivan juga memberitahu bahagian hidungnya menjadi lebih mancung dengan ‘bantuan’ tulang rusuk sendiri.
“Saya melihat menjaga penampilan buat selebriti amat penting, jadi okaylah ya (pembedahan plastik),” katanya.

BERITA TRENDING: "'Anak' Saya Bukan Anak Syaitan" - Didakwa Syirik? Ivan Gunawan Serah Spirit Doll Kepada Orang Lain

BERITA TRENDING: Ivan Gunawan Perlu Turunkan Berat Badan Lagi 20 Kg, Nanti Nak Bedah Payudara!

BERITA TRENDING: Ivan Gunawan Hadiri Sidang Klinik Kecantikan Ilegal Sebagai Saksi

Jessica Iskandar

Hos Jessica Iskandar telah melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidung pada awal tahun 2023.
Menurut Jessica, dia mempunyai sebab untuk melakukan pembedahan pada bahagian hidung.
Ia sebagai langkah memperbaiki rongga hidungnya yang sengit dengan melakukan pembedahan plastik di Korea Selatan. Hal itu lantaran hdungnya mengalami kecederaan selepas pernah terlibat dalam kemalangan semasa remaja.
“Akhirnya saya memberanikan diri memperbaiki rongga hidung yang miring dengan plastic surgery di Korea!", dedahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tiada Lagi Sengketa, Sajat Syukur Dah Berbaik Dengan Mustika - “Sekarang Adik Saya Buat..”

gempak
06/09/2024
12:55 MYT
Usahawan kontroversi, Sajat meluahkan rasa syukur apabila dia dan adik, Mustika sudah kembali berbaik.
Viral

Tarik Tudung Isteri Hingga Tertanggal Hanya Kerana Minta Beli Gincu

gempak
05/09/2024
13:25 MYT
Insiden di sebuah pasar raya mini di Indonesia pada minggu lalu yang dirakamkan sistem kamera litar tertutup (CCTV) itu dikongsikan @vhiras5 di TikTok dan pemilik akaun @folkshitt di Instagram.
Viral

Apa Hukum Lelaki Pakai Bearing Pada Kemaluan? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus!

gempak
05/09/2024
11:20 MYT
Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan mengenai hukum lelaki memasang implan atau ‘bearing’ yang diperbuat daripada besi pada bahagian kemaluan.
Hiburan

Kongsi Video Kereta Baru Sempena Hari Jadi, Ada Pula Netizen Tuduh As'ad Motawh Menunjuk - "Perlu Ke Photoshoot"

gempak
05/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi dan pempengaruh media sosial, As’ad Motawh sekali lagi menarik perhatian ramai susulan perkongsiannya di Instagram sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.
Viral

Konten Lumba Olymput Dikatakan Tiada Faedah, Abang Siput Tak Sentap - “Kita Buat Pun Santai-Santai Sahaja…”

gempak
04/09/2024
21:55 MYT
Lelaki tular yang kini bergelar pempengaruh,  Muhammad Aswat Azdha Idris atau lebih dikenali sebagai abang siput tidak berkecil hati apabila ada yang melabelkan konten perlumbaan siput sedutnya itu tidak berfaedah.