Laman Utama
Bapa Bakar Koleksi Kpop Anak, Netizen Kecam: “Ini Dah Penderaan Mental"
Gara-gara tidak merestui minat anaknya dalam dunia Kpop, seorang bapa bertindak membakar koleksi peribadi barangan muzik dari Korea yang dikumpul.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi video TikTok milik @cikatienn yang berkongsi babak menyayat hati anaknya sedih apabila masuk ke dalam bilik dan mendapati koleksinya sudah tiada kerana sudah dibakar.
Bukan itu sahaja, anaknya yang masih memakai pakaian seragam sekolah bertindak pergi ke tempat barang tersebut dibakar untuk mengutip serpihan-serpihan yang masih ada.
Advertisement
Di dalam video yang sama, difahamkan terdapat barang yang dibeli oleh anaknya dengan harga mahal dan ada yang diberikan kawannya sebagai hadiah.
if tak boleh jd parents supportive pun boleh je kot slow talk before ambik tindakan nak bakar2 semua barang tu plus ada barang yg kawan dia bagi. if tak suka barang2 kpop dalam rumah, suruh lah jual balik ke or bagi dekat org yg nak. pic.twitter.com/0ZuAUY9wpG
— elle is seeing txt soon (@tinybamtyun) September 23, 2022Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya berang dan mengecam tindakan bapanya yang dianggap tidak menyokong minat anaknya sehingga bertindak keterlaluan.
Malah, tindakan seperti itu boleh mengundang rasa trauma dan gangguan emosi kepada remaja berbabit.
“Masa anak remaja kau buat camni pastu bila dah tua kau pelik kenapa diorang tak datang lawat kau,” ujar seorang wargamaya.
“Ini dah penderaan mental. Jika Nabi Muhammad tidak pernah sesekali menyakiti hati anaknya, kenapa si bapa bertindak begitu?” ujar seorang wargamaya.
“Ibu bapa patut bersyukur anaknya tidak ketagih minuman keras, dadah dan pelbagai masalah sosial lain. Dia buat benda yang tak kacau orang,” kata seorang wargamaya.
“Jangan terkejut kalau tua nanti kau dihantar ke rumah orang-orang tua,” luah seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 2 juta tontonan dan 15,000 ulang ciap di ruangan Twitter.
Must-Watch Video