Skip to main content

Hiburan

Tak Sempat Tengok BAGA: Esok Untuk Siapa Kerana Kemalangan, Posting Individu Raih Perhatian Mimi Lana - “Awak, Syafiq Cakap Dia Nak…”

Tak Sempat Tengok BAGA: Esok Untuk Siapa Kerana Kemalangan, Posting Individu Raih Perhatian Mimi Lana - “Awak, Syafiq Cakap Dia Nak…”

Sekilas

  • Seorang individu dan empat rakan mengalami kemalangan ringan ketika dalam perjalanan menonton filem BAGA: Esok Untuk Siapa, menyebabkan kereta mereka rosak teruk.
  • Pelakon Mimi Lana memaklumkan bahawa suaminya, Syafiq Kyle, mahu menggantikan wang tiket filem tersebut dan menawarkan tiket baru secara percuma.
  • Filem BAGA: Esok Untuk Siapa mengisahkan tentang dua jiwa muda yang berdepan dengan cinta, impian, dan cabaran hidup dalam masyarakat kampung konservatif.
Advertisement

Hasrat seorang individu untuk menonton filem terbaharu, BAGA: Esok Untuk Siapa tidak kesampaian selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya ketika dalam perjalan menonton filem tersebut di pawagam.

Menerusi perkongsian di Threads, individu tersebut memaklumkan bahawa dia dan empat lagi individu yang berada di dalam kenderaan hanya mengalami kecederaan ringan. Walau bagaimanapun, kereta yang dinaiki mengalami kerosakan teruk.

Advertisement

“Nak tengok cerita BAGA tapi gak kesampaian, sebabnya hok dalam kreta tuu ‘baga’ dulu.

“Alhamdulillah lima orang luka ringan sahaja, cuma kereta total lost,” tulisnya.

Perkongsian tersebut kemudiannya menarik perhatian pelakon yang juga isteri kepada Syafiq Kyle iaitu Mimi Lana yang tampil memberikan respons.

Menjengah ke ruangan komen, Mimi memaklumkan bahawa Syafiq mahu menggantikan semula wang tiket yang telah dibeli individu tersebut.

Malah, Mimi memaklumkan dia dan Syafiq juga sedia membelikan individu tersebut tiket yang baharu.

Advertisement

“Salam awak. Syafiq cakap dia nak mintak bayar balik duit ticket awak.

“Lepas tu kalau awak nak beli ticket Baru Nanti pun kami belanja awak! Good to know awak semua dalam keadaan okay. Tengok DM PLEASEEEE!” tulisnya.

Filem Baga: Esok Untuk Siapa diterbitkan oleh Indigo Films dan Skop Productions membariskan pelakon Amir Ahnaf, Amirah Razak, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.

Mengisahkan dua jiwa muda yang tersepit antara cinta, impian dan kehidupan yang semakin menghimpit.

Berlatar kehidupan masyarakat kampung yang konservatif, filem ini turut menyentuh isu kemiskinan, tradisi dan pilihan yang membawa kesan besar.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement