Skip to main content

Hiburan

Digelar Pelaku Seni Gred A, Nabila & Beto Tak Angkuh Terlibat Teater ‘Kecil’ Tragedi Malam Pesta

Digelar Pelaku Seni Gred A, Nabila & Beto Tak Angkuh Terlibat Teater ‘Kecil’ Tragedi Malam Pesta

Sekilas

  • Nabila Huda dan Beto Kusyairy akan beraksi dalam teater Tragedi Malam Pesta yang akan dipentaskan di DPAC, Petaling Jaya dari 4 hingga 6 Disember 2026.
  • Kedua-dua pelakon ini menghargai pengalaman berlakon di pentas teater sebagai ruang untuk belajar dan mengasah kemahiran lakonan mereka.
  • Tragedi Malam Pesta mengisahkan pertemuan semula empat sahabat selepas 20 tahun dan mendapat sokongan Geran Sokongan Sektor Kebudayaan dari MOTAC.
Advertisement

Sudah memiliki pengalaman cukup luar biasa dalam bidang seni, menerima pengiktirafan demi pengiktirafan hasil bakat yang dipertontonkan langsung tidak menumbuhkan keangkukan dalam jiwa dua pelaku seni berkaliber, Nabila Huda dan Beto Kusyairy.

Kedua-dua bintang yang cukup disegani ini malah mengutamakan pengalaman berbanding keterlibatan dalam layar besar atau sekadar di pentas teater yang kecil.

Advertisement

Maka tidak hairan apabila Nabila dan Beto bersetuju menyertai dua lagi pelakon hebat iaitu Firdaus Karim dan Aloy Paradoks terlibat dalam naskhah teater berjudul Tragedi Malam Pesta.

Tragedi Malam Pesta diarahkan oleh Afiza Asram dijadual dipentaskan di Damansara Performing Arts Centre (DPAC), Petaling Jaya pada 4 sehingga 6 Disember 2026. Ia pernah dipentaskan pada 2022 sebelum kembali menemui penonton dengan barisan pelakon baharu.

Berbicara mengenai penglibatannya dalam Tragedi Malam Pesta,  Nabila mengatakan tidak pernah meletakkan batasan terhadap medium lakonan kerana setiap peluang yang hadir memberikan pengalaman dan ruang berbeza untuk mengembangkan kemampuannya sebagai seorang pelakon.

Advertisement

"Sebagai seorang pelakon, saya suka meneroka pelbagai perkara. Saya tidak kisah sama ada di layar perak atau pentas teater kerana pengalaman itu yang penting.

"Tambahan pula, apabila dapat bekerjasama dengan barisan pelakon yang bagus dan mempunyai ruang untuk saling meneroka kemampuan masing-masing, itu satu pengalaman yang sangat menarik buat saya.

"Skrip Tragedi Malam Pesta juga sangat berbeza, jadi saya memang teruja untuk melakukannya. Saya tidak kisah tentang medium atau siapa yang terlibat, asalkan ada sesuatu yang boleh saya pelajari," kata Nabila dalam sesi bertemu media baru-baru ini.

Senada dengan Nabila, Beto Kusyairy melihat pentas teater sebagai ruang untuk pelakon terus belajar, bereksperimen dan mengasah kemahiran lakonan.

Menurut aktor itu, setiap peluang yang hadir mempunyai sebab dan rezekinya tersendiri, justeru dia tidak mahu melepaskan kesempatan untuk kembali menghidupkan watak di atas pentas.

Beto turut menyifatkan teater sebagai tempat untuk pelakon bermain dengan watak, mencuba pendekatan berbeza dan belajar daripada proses lakonan secara langsung di hadapan penonton.

“Teater adalah tempat saya ‘bermain’ dan belajar jadi saat ada rezeki iaitu kebetulan jadual saya kosong, maka saya terlibat dalam naskhah ini,” ujar Beto.

Mengangkat kisah pertemuan semula empat sahabat selepas 20 tahun membawa haluan masing-masing, Tragedi Malam Pesta mula membongkar satu rahsia besar yang sekian lama tersimpan, membabitkan seorang lagi sahabat mereka bernama Puspa.

Menurut penerbit Storyteller Production, Azuwan Ahmad, pemilihan barisan pelakon bukan semata-mata berdasarkan populariti, sebaliknya mengambil kira kemampuan mereka menghayati dan menyampaikan sesebuah naskhah.

Katanya, karya Afiza sering bermula dengan persoalan yang kelihatan sederhana, namun sebenarnya membuka ruang kepada perbahasan dan interaksi yang lebih mendalam. Justeru, keupayaan lakonan barisan pelakon kali ini dijangka memberikan dimensi berbeza kepada pementasan tersebut.

Untuk rekod, ini merupakan kali ketiga Storyteller Production membawakan barisan nama popular ke pentas teater.

Pada 2024, produksi itu mementaskan kompilasi Kerana Percayakan Siti yang menampilkan Nadia Brian dan Sharifah Sofia, sebelum meneruskan langkah menerusi Masmoona pada 2025 dengan barisan pelakon D'Boy Hamdan, Nabila Huda, Fadhli Masoot dan Danial Zaini.

Malah, Nabila turut berjaya merangkul anugerah Best Actor in a Supporting Role menerusi lakonannya dalam teater muzikal berkenaan.

Pementasan Tragedi Malam Pesta turut mendapat sokongan menerusi Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Tiket boleh didapati pada harga RM95 untuk satu tiket atau RM170 bagi pembelian dua tiket.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement