Skip to main content

Viral

Bapa Liyana Jasmay Meninggal Dunia

240051979_393867112111109_3333601283923116361_n.jpeg

Bapa kepada Liyana Jasmay, Jasmay Md Shah, 68, dikhabarkan telah meninggal dunia di kediamannya di Ulu Klang, Selangor tengah hari tadi.

Menurut sumber terdekat, Jasmay meninggal dunia kerana sakit kanser paru-paru.

“Dia meninggal dunia di kediamannya sekitar tengah hari. Namun, saya tidak tahu masa yang sebenar.

“Dia juga menghidap kanser tersebut sudah lama, tetapi sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” ujar sumber.
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by liyanajasmay (@liyanajasmay)


Terdahulu, Liyana pernah memuat naik hantaran di Facebook mengucapkan selamat hari lahir buat ayahnya pada 21 September lalu.

​Menerusi hantaran berkenaan, Liyana juga memohon agar peminat mendoakan ayahnya yang baik-baik.

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement