Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bapa OKU Kudung Tangan dan Kaki Kendong Anak Naik Kerusi Roda Buat Netizen Luluh hati

Gempak
13/09/2024 12:55 MYT

Kisah bapa yang kudung kedua-dua belah tangan dan kaki menggendong anak perempuannya sambil menaiki kerusi roda mengundang sebak netizen.

Momen dua beranak itu menjadi tular selepas seorang pemilik kedai makan berkongsi video mereka di TikTok.

Menerusi hantaran dikongsi, difahamkan lelaki berkenaan terpaksa membesarkan anak perempuannya seorang diri selepas isterinya meninggal dunia ketika dalam pantang.

Lebih menyedihkan lagi apabila lelaki lewat 40-an itu dilihat menyelitkan sudu dicelahan jam yang dipakainya bagi memudahkan dia menyuap makanan untuk dirinya.

Sementara itu, ruangan komen video dihujani dengan kata-kata semangat selain memuji ketabahan lelaki itu menjaga anaknya.

Tidak kurang juga ada yang menyuarakan hasrat untuk membantu lelaki berkenaan.

BERITA BERKAITAN : Kes Tetak Elly Idzlianizar, Aweera Dedah Arwah Pelumba Cub Prix Adalah Sepupu - “Tergamak Kau Buat Macam Tu”

BERITA BERKAITAN : Banyak Spekulasi Isu Cerai, Nora Ariffin Enggan Ambil Pusing Khabar Angin - “Orang Tak Tahu Keadaan Sebenar”

BERITA BERKAITAN : Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

BERITA BERKAITAN : Konsert Jiwa Malaysia 2024: 15,000 Penonton Hadir, Berkumpul Sejak Pukul 2 Petang!

Antara komen yang diterima adalah:

"Anak.. ingatlah detik-detik ayahmu membesarkanmu sebaik mungkin. Semoga apabila kamu besar nanti kamu dapat balas jasa dab bahagiakan ayah kamu,”


"Lelaki-Pejuang mencari nafkah. Sebab itulah dia mampu tanggung ujian ini,”

"Semoga ujian ini menjadi asbab untuk dia ke syurga satu hari nanti,”

Dalam pada itu natizen turut menyifatkan bukan semua insan mampu menanggung ujian yang dihadapinya itu.

"Ayah yang cukup sifat pun belum tentu boleh macam ni," tulis seorang netizen.


"Allah memang adil. Walaupun kekurangan fizikal tapi Allah tak pernah tinggalkan hambanya selagi masih ada iman di dalam diri dan usaha. Semoga Allah permudahkan segala urusan brother ni,” komen netizen lain.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima lebih 90,000 tanda suka di TikTok.

#Anak #Bapa #OKU #kendong