Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan senarai anggota kabinet hari ini.

Ekoran itu, media sosial dipenuhi dengan pelbagai reaksi rakyat Malaysia, tidak ketinggalan para penggiat seni.

Menerusi Instagram, pengarah terkenal Michael Ang mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang masing-masing menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Kanan (Menteri Pertahanan) dan Menteri Kesihatan.

"Tahniah @hishammuddinhussein dan @khairykj atas jawatan terbaru.

"Tu saja nak cakap, sekian terima kasih," kongsi Michael.

Selain Michael, pengacara yang tidak pernah terlewat dengan isu semasa, Iesya Toh juga mengucapkan selamat maju jaya untuk Perdana Menteri dan barisan kabinet.

"All the best semua YB, @ismailsabri60," coretnya juga di Instagram.

Dalam pada itu, penyanyi dan pelakon Azza Elite meninggalkan respon di perkongsian Iesya, mengharapkan perubahan yang lebih baik berlaku dalam negara.

"Kita doa sama-sama agar ada perubahan yang lebih baik, mudah-mudahan Allah bantu kita," tulisnya di ruangan komen.

Gempak juga meninjau akaun Instagram pelakon, Datuk Fizz Fairuz yang turut mengekspresikan pendapat.

"Kabinet terbaru ada yang senior, ada yang muda...kita kena bagi kepercayaan pada yang muda untuk mentadbir negara.

"Tak apa, kita sama-sama bantu pulih negara dan rakyat, rakyat perlukan anda, bantu negara bantu rakyat..ayuh!" tulisnya di Instagram Story.

Sementara itu, rapper dan usahawan, Caprice masih belum berkongsi sebarang kenyataan atau video berkaitan pengumuman barisan kabinet (setakat artikel ini ditulis). Sebaliknya, Caprice hanya berkongsi foto dua kabinet yang sama di posting Instagramnya.

"Baru order tadi, guys comment below kabinet paling okay untuk Caprice pasang kat rumah...A atau B?" tulisnya sebagai kapsyen.

Menurut Perdana Menteri, barisan kabinet baru dipilih daripada mereka yang berpengalaman, diyakini mampu bantu pulih ekonomi dan meningkatkan keyakinan pelabur.

BACA: PM Akhirnya Umum Barisan Kabinet! Azmin Ali, Tengku Zafrul Antara Yang Kembali! KJ Pula Menteri Kesihatan!

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)


A post shared by Iesya_Toh 2 (@iesyatoh2)


A post shared by Caprice (@capriceofficial)