Penyanyi dan komposer muda, Chubb-E meluahkan rasa syukur dan kegembiraan memperolehi kereta pertamanya.

Menurut Chubb-E atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Ashlyn, kereta jenama BMW berwarna putih yang dimilikinya itu juga merupakan kereta idaman selama ini.

Perkara itu dikongsi Chubb-E menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

"Kereta pertama saya adalah kereta idaman saya, Alhamdulillah, segala puji bagi Yang Maha Kuasa," tulisnya sebagai kapsyen.

Perkongsian Chubb-E itu ternyata menarik perhatian ramai pengikut dan tidak ketinggalan beberapa orang rakan industri.

Antara selebriti yang meninggalkan komen adalah Yuna dan Alicia Amin.

"Kereta pertama saya adalah Toyota Corolla" tulis Yuna.

"You pun beemer boy ke," tulis Alicia.

A post shared by CHUBB-E JMG ✪ (@donutfingerlicking)


Imbas kembali, pada Februari tahun lalu, Chubb-E merupakan naib juara pertandingan Dansa Dan Sing bersama kumpulan tariannya Zeppo Youngsterz Crew.

Chubb-E kini semakin aktif menyanyi dan mengembangkan bakat dalam bidang lakonan.