Berita

"Baru 6 Bulan Dah Rasa Macam Ni" - Ainan Tasneem Akui Cepat Mengah Mengandung Anak Kembar

gempak
ZULHILMI JALIL
17/09/2020
03:54 MYT
Sponsor Banner
"Baru 6 Bulan Dah Rasa Macam Ni" - Ainan Tasneem Akui Cepat Mengah Mengandung Anak Kembar
Penyanyi Ainan Tasneem berkongsi perkembangan dirinya yang kini sedang mengandung anak kembar.
Menurut Ainan, pengalaman mengandung kali kedua ini cukup berbeza apabila dirinya berasa lebih cepat letih.
"Berat makin naik, perut makin besar. Setiap kali berjalan sekejap sahaja sudah rasa mengah.
"Baru enam bulan mengandung sudah rasa macam ni. Tak tahulah sudah sembilan bulan nanti macam mana," kongsinya menerusi satu entri di Instagram.
Bahkan, katanya, saiz kandungannya yang baru berusia enam bulan sekarang juga seolah-olah seperti wanita yang sedang menunggu hari bersalin
"Memang beza sangat rasa mengandungkan anak kembar ni kan. Kalau dulu masa Salsabiela saiz perut macam ni, Ainan sudah lapan atau sembilan bulan mengandung dah," jelasnya.
Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut berkongsi pengalaman mereka ketika mengandung anak kembar.
"Saya pun macam tu mengandung kembar enam bulan macam sembilan bulan. Mengah penat sangat.
"Sudah hujung-hujung lagi besar perut. Pengalaman sendiri.
"Semoga dipermudahkan bersalin anak kembar. Welcome to the club! Bolehlah follow Kelab Kembar Malaysia kongsi pengalaman," komen sebahagian peminatnya.
Sebelum ini, pada bulan lalu, Ainan mengumumkan bahawa dirinya kini mengandung anak kembar.
BACA: “Berbeza Kantung, Berbeza Uri...” - Bakal Dapat Kembar, Ainan Tasneem Luah Rasa Syukur
Ainan mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Ariffudin Mohammad Swaimi pada 2017.
Pasangan itu kemudian dikurniakan cahaya mata sulung, Ainan Salsabiela yang kini berusia dua tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024