Gaya Hidup

Baru Dilancarkan Tapi Telefon Pintar Google Pixel 4 Ini Dikecam Hebat? Ini 3 Puncanya!

gempak
Hanafis Haris
16/10/2019
17:23 MYT
Sponsor Banner
Baru Dilancarkan Tapi Telefon Pintar Google Pixel 4 Ini Dikecam Hebat? Ini 3 Puncanya!
Malam semalam, syarikat Google telah pun melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Google Pixel 4 dan Pixel 4XL.
Biarpun memiliki ciri khas seperti cip pemprosesan Snapdragon 855 dan keupayaan penggambaran serba hebat, peranti ini nampak gayanya tidak membuatkan orang ramai berasa teruja.
Malah, menerusi tinjauan di media sosial rata-rata netizen melahirkan rasa kecewa mereka. Tapi apakah sebabnya?
Kami senaraikan tiga sebab yang menjadi perbualan mereka.
#1 Ketiadaan Lensa Sudut Lebar
Sejak pengenalan model Huawei P30 Pro, Samsung Galaxy Note 10 dan terbaru Apple iPhone 11, lensa sudut lebat telah menjadi keperluan utama buat pengguna serta jurugambar.
Namun, pengumuman Google Pixel 4 semalam ternyata mengecewakan apabila hanya muncul dengan lensa iaitu 12.2 megapixel (MP) dan 16MP untuk keupayaan zum.
Pihak Google menyatakan fungsi zum adalah lebih penting. #2 Tiada Rakaman 4K 60fps
Agak sukar sebenarnya untuk 'menelan' hakikat apabila model flagship pada 2019 tidak disokong video resolusi 4K dengan 60 frame per second (fps).
Pixel 4 sebaliknya hanya menyokong sehingga 4K 30fps.
Banyak juga pengguna iPhone yang memerli Google kerana mereka telah menggunakan fungsi video 4K 60 fps sejak model iPhone 8 lagi.
Anda boleh lihat posting netizen di bawah. #3 Tiada Lagi Storan Tanpa Had Di Google Photo
Antara kelebihan pengguna Google Pixel adalah sokongan storan Google Photo tanpa had dengan kualiti sebenar.
Namun, untuk kali ini kelebihan itu tidak ditawarkan. Anda perlu membayar untuk mendapatkan kualiti yang maksimum.
Untuk rekod, Pixel 4 mula dijangka dijual pada harga USD$799 (RM3,350.61) manakala Pixel 4 XL pula ditawarkan pada harga USD$999 (RM4,189.31).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024