Laman Utama
Baru Kahwin, Rumah Tangga Pasangan Beza Usia Mula Goyah, Ibu Si Suami Paksa Anak Bercerai
Tidak lama selepas pasangan beza usia ini mendirikan rumah tangga, sudah ada ‘cabaran’ dan ‘dugaan’ yang dihadapi.
Ibu kepada Kevin, 16, iaitu Lisa meminta menantunya, Mariana yang berusia 41 tahun untuk bercerai dengan anaknya.
Perkahwinan yang berlangsung pada Ahad 30 Julai 2023 di Desa Bekut, Kecamatan Tebas, Kabupaten Sambas, Kalimantan Barat, lalu membuatkan ibu Kevin banyak menerima cacian dan ancaman undang-undang.
“Daripada dihukum, lebih baik ceraikan anak saya sahaja. Daripada pening-pening disalahkan sebab kita pula dituduh paksa anak bernikah.
“Kalau dipanjangkan cerita ini, satu-satunya jalan, bercerai. Saya ada hak juga, itu anak saya. Saya lahirkan dia,” sambungnya.
Lisa menafikan bahawa matlamatnya adalah untuk merebut harta Mariana. Katanya, dia tidak pernah menyangka masalah besar akan timbul selepas perkahwinan tersebut berlangsung.
“Dulu, kami tiada masalah untuk mengahwinkan anak saya dengan Mariana. Hujung-hujung masalah. Jangan salahkan saya jika saya kejam jika memisahkan mereka,” jelasnya.
Tambah Lisa, keputusan untuk memisahkan mereka adalah untuk melindungi Kevin dan mengelakkan tuduhan tidak menyenangkan terhadapnya.
“Daripada saya digelar mata duitan, kalau tahu macam ini. Saya bersumpah demi Tuhan saya tidak akan merestui anak saya berkahwin daripada dipanggil terlalu gilakan harta. Bercerai sahaja. Terlalu banyak masalah," katanya.
Kisah ini telah menggegarkan masyarakat dan menimbulkan persoalan tentang keperluan penguatkuasaan undang-undang untuk melindungi kanak-kanak daripada perkahwinan yang tidak sah.
Malah, khabarnya, pihak kerajaan juga campur tangan dengan meminta mereka untuk tidak lagi ‘tidur sekatil’ walaupun baru beberapa hari berkahwin.
Memetik Sewaktu.com, Perwakilan Komisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) Kalimantan Barat turut memandang serius kes ini.
“Mengenai ini, kami dari KPAI Kalimantan Barat mendesak agar polis turut ikut campur tangan. Fakta ini menunjukkan mangsa persetubuhan dengan kanak-kanak bukan sahaja wanita, malah lelaki yang terlibat dalam perkahwinan awal,” Hoesnan dalam siaran Kabar Petang TV One.
Must-Watch Video