Laman Utama

Wanita 41 Tahun Nikahi Anak Sahabatnya, Remaja 16 Tahun

gempak
Maliah Surip
04/08/2023
06:50 MYT
Sponsor Banner
Wanita 41 Tahun Nikahi Anak Sahabatnya, Remaja 16 Tahun
Pasangan pengantin baharu dari Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia menjadi viral selepas usia mempelai lelaki masih 16 tahun.
Remaja lelaki yang dikenali sebagai Kevin itu telah menikah dengan wanita berusia 41 tahun.
Dengan jarak usia 25 tahun, Mariana dalam temubual dengan Detik.com mengaku bahagia kerana dapat berkahwin dengan Kevin yang disifatkan tidak seperti remaja lelaki biasa.
"Suka lah, dia badannya besar juga. Tinggi bukan macam anak-anak remaja,” kata wanita itu.
Selain itu Mariana mengatakan dia sudi berkahwin dengan Kevin kerana suaminya sudah ada pekerjaan tetap selain seorang lelaki yang baik.
Malah wanita itu juga mengaku meski umurnya sudah lanjut, pernikahan tersebut adalah perkahwinan pertamanya.
“Saya belum pernah nikah, ini pernikahan pertama. Kami menikah di rumah saya ada saksi daripada orang kampung juga,” katanya lagi.
Menurut laporan media tempatan, Mariana dan Kevin adalah jiran. Mariana malah merupakan sahabat kepada ibu remaja lelaki tersebut.
“Kami berjiran dan saya mula berkawan dengan ibunya sekitar tiga atau empat bulan kebelakangan ini kerana dia sering membeli barangan di kedai saya,” akui Mariana lagi.
BACA: Suamiku Kawan Ayahku… Kenal Sejak Kecil, Wanita 19 Tahun Bahagia Kahwini Lelaki 34 Tahun Lebih Tua Daripadanya​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024