Viral

“Kenapa Pok Su Tak Ambil Caca..?” - Kakak Sebak, Anak Tanya Mana Abang Bas

gempak
Firdaus
25/09/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
“Kenapa Pok Su Tak Ambil Caca..?” - Kakak Sebak, Anak Tanya Mana Abang Bas
Sepotong video yang dikongsi wanita dipercayai kakak kepada Abang Bas berjaya mencuri perhatian ramai baru-baru ini.

Anak Saudara Abang Bas Timbul Persoalan

Menerusi perkongsian tersebut, wanita tersebut berkongsi mengenai pertanyaan anaknya mengenai ‘Abang Bas’ menerusi hantaran di TikTok.
Apa yang menarik perhatian, wanita berkenaan tidak dapat menahan sebak ketika menjawab pertanyaan anaknya mengenai Abang Bas yang sudah lama tidak menjemputnya di sekolah.

“Tepat tekaan ibu! Pagi-pagi dia dah tanya siapa ambil Caca balik sekolah?

“Ibu terus jawab, ‘Pak Itam yang ambil, ibu tak sempat nak ambil. Caca balik awal, ibu tak boleh keluar awal’.
“Kemudian dia bertanya, ‘Kenapa Pok Su tak ambil Caca?’. Bertakung air mata ibu,” katanya.
Dalam pada itu, wanita berkenaan tidak tahu sampai bila dia harus berselindung daripada anaknya bahawa Abang Bas sudah tidak dapat menjemputnya lagi di sekolah susulan kes tular yang berlaku.
“Terpaksa cakap poksu tak boleh ambil Caca dah. Sampai bila ibu nak menipu.
“Dari bayi bapa saudaralah tempat Caca menumpang kasih sebab ayah dia kerja jauh,” ujarnya lagi.

BERITA TRENDING: “Saya Yakin ‘Abang Bas’ Tidak Berniat Seperti Yang Digembar-Gemburkan” - Abby Abadi

​BERITA TRENDING: “Saya Tidak Akan Minta Maaf & Sedia Berdepan Untuk Menegakkan Kebenaran” - Uyaina Arshad

​BERITA TRENDING: Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

BERITA TRENDING: Menangis Terduduk Di Tangga Bas Sekolah, Cik Bibah Panjat Syukur Doa Termakbul - "Mak Dah Tak Kuat..."

Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya turut berasa sedih mendengar pertanyaan anak kecil itu.
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai tindakan pemandu bas sekolah berkenaan sehingga mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri sebelum ditahan pihak polis pada 6 September lalu.
Tidak lama kemudian, pemandu bas lebih dikenali sebagai ‘abang bas’ itu didakwa di Mahkamah Muar, Johor atas pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan namun dibebaskan semalam dengan bayaran jaminan sebanyak RM40,000.
Rentetan itu, keluarga ‘Abang Bas’ berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan selebriti yang didakwa mengundang syak wasangka serta kecaman terhadap mereka sebelum ini.
Peguam secara probono, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar berkata, pihaknya telah mengenal pasti individu-individu berkaitan dan menasihatkan mereka untuk membuat permohonan maaf sebelum tindakan lanjut diambil.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024