Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bateri Litium Meletup Dalam Lif, Lelaki Meninggal Dunia Selepas 28 Hari Dirawat Di Hospital

Gempak
26/07/2024 13:55 MYT
Sepotong video rakaman CCTV memperlihatkan sebiji bateri litium yang dibawa oleh seorang lelaki meletup dan terbakar dalam lif meraih perhatian netizen seluruh dunia.

Menerusi klip berkenaan, lelaki tersebut dilihat menjinjing masuk bateri berkenaan masuk ke dalam lif dan menekan butang untuk ke tingkat bawah.

Meletup

Sebaik sahaja pintu ditutup, bateri berkenaan meletup dan api yang marak dilihat menyambar lelaki berkenaan.

Pihak berkuasa dan pasukan kecemasan kemudian datang bagi membantu lelaki berkenaan.

Pada rakaman sama, dilihat lelaki itu ditarik keluar daripada lif dengan keadaan terbakar. Dia kemudian dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kediaman Anak Amir UK’s Terbakar, Tanggung Kerugian RM200,000 - “Api Merebak Ke Bilik Sebelah Dan Meletup”

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh Sekeluarga Cedera Dapur Steamboat Meletup, Pemilik Restoran Mohon Maaf

ARTIKEL BERKAITAN: Dijumpai Dengan Keadaan Perut Terburai, Lelaki Ceroboh Bangunan Sarang Burung Walet Maut Terkena Bom Buatan Sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah James Cameron Kata Ada Persamaan Tragedi Titanic & Titan

ARTIKEL BERKAITAN: Macam Dalam Movie, Isteri CEO OceanGate Yang Maut Dalam Ekspedisi Cicit Mangsa Titanic

Namun, lelaki tersebut meninggal dunia selepas 28 hari berada di hospital berkenaan.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada 8 Oktober 2021.

Pakar memberitahu media di China terdapat risiko besar dalam mengendalikan bateri litium kerana ia boleh meletup secara tiba-tiba jika tidak disimpan atau dilupuskan dengan cara yang betul.

Mereka mengesyorkan agar semua garis panduan keselamatan dipatuhi dengan teliti semasa mengendalikan bateri berasaskan litium.

Sumber: Mirror UK

#Meletup #Terbakar #Lif #Bateri Litium