Produksi Warner Bros mengejutkan suasana industri perfileman dunia apabila mengumumkan filem terkini milik mereka, Batgirl tidak akan ditayangkan.
Batgirl yang menampilkan Leslie Grace sebagai pembawa wataknya bukan sahaja tidak akan ditayangkan di layar lebar, tetapi juga di saluran HBO Max.
Ironi, filem yang diadaptasi dari komik itu telah selesai menjalani penggambaran dan sudah melalui pasca produksi.
Memberi reaksi terhadap keputusan yang dibuat Warner Bros, Grace tetap bersyukur kerana telah menjadi sebahagian daripada sejarah penting Batgirl.
Menerusi Instagramnya, dia menulis: “Batgirl, saya sangat bangga dengan cinta, kerja keras, komitmen semua pelakon dan sikap tidak lelah seluruh kru sepanjang kita menjalani penggambaran selama 7 bulan di Scotland.
“Saya rasa bertuah dan tidak akan melupakan keseluruhan proses pembikinan karya hebat dan ‘keluarga’ ini,” tulisnya panjang lebar.
Grace kemudian meninggalkan ucapan terima kasih kepada para peminat Batgirl.
“Kepada semua peminat Batgirl, terima kasih untuk cinta dan kepercayaan kalian. Izinkan saya mengatakan ini ‘saya adalah hero kepada diri sendiri. Batgirl for life!” tulisnya.
Variety melaporkan pembatalan penayangan filem yang menelan belanja sekitar AS$ 90 juta (RM400 juta) itu bukan kerana kualiti yang tidak memuaskan.
Batgirl diarahkan oleh Adil El Arbi dan Bilall Fallah yang sebelumnya melahirkan rasa sedih dan terkejut dengan keputusan yang diambil oleh pihak Warner Bros.
Maliah Surip
Thu Aug 04 2022


Lokasi Penggambaran Pengabdi Setan 2 Tular, Rumah Pangsa Seram Ditutup! Rupanya Dah Lama Tak…
Tempat larangan tu la paling ramai nak pergi.
![[VIDEO] Doktor, Cef, Barista Antara 24 Jejaka Kacak Yang Bertanding Merebut Gelaran Mr World 2022 [VIDEO] Doktor, Cef, Barista Antara 24 Jejaka Kacak Yang Bertanding Merebut Gelaran Mr World 2022](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/nov/temubual-eksklusif-2022-08-11t151829-887.png?ext=.png)
[VIDEO] Doktor, Cef, Barista Antara 24 Jejaka Kacak Yang Bertanding Merebut Gelaran Mr World 2022
Pencarian jejaka idaman Malaysia telah bermula dengan pengenalan rasmi 24 finalis pertandingan Mr World Malaysia 2022 yang dianjurkan oleh Universal Music Malaysia (UM).

"Ia Sentuh Isu LGBT" - Kerajaan Sahkan Filem Thor: Love And Thunder Tak Lepas Censorship
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin mengesahkan filem blockbuster terbaru Marvel Studios Thor: Love and Thunder tidak melepasi garis panduan penapisan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF).

Rambut Dah Pendek, Peminat Samakan Ben Amir Dengan Lee Dong Wook & Sunny Suwanmethanont
Ben Amir dikatakan mirip pelakon luar negara

Aiskrim Haagen-Dazs Perisa Vanilla Ditarik Balik Daripada Pasaran
Produk aiskrim tersebut juga telah diedarkan ke beberapa buah negara termasuk Malaysia

Cita Citata Kini Berhijab, Tidak Lagi Menyanyikan Lagu Dangdut
Cita Citata bertudung atas kerelaan sendiri

#MamiPiqahCorner: Pelukan, Serius! Doktor Ini Dedah Teknik Ajaib Jauhkan Anak Dari Penyakit
Doktor Ini Dedah Teknik Ajaib Jauhkan Anak Dari Penyakit

"Mudah-Mudahan Mereka Adik-Beradik Akrab” - Akim Ada Sebab Pilih Isa, Lama Idam Letak Nama Nabi
Ada geng dah lah Akim lepas ni heheh.
_1.png?ext=.png)
Baru Nyanyi Lirik Pertama Dah Buat Juri Suka! Nyanyian Abang Penjual Kuih Gegar Pentas Suara Viral 3
Bakat yang ada di pentas suara viral hebat-hebat

Filem Mat Kilau Ke Indonesia Selepas Kutip Hampir RM100 Juta
Malaysia Boleh!