Skip to main content

Hiburan

Qasrina Karim Kagum Dengan BAGA: Esok Untuk Siapa - “Tidak Takut Mengetengahkan Realiti Yang..."

Qasrina Karim Kagum Dengan BAGA: Esok Untuk Siapa - “Tidak Takut Mengetengahkan Realiti Yang..."

Sekilas

  • Pelakon Qasrina Karim memuji filem BAGA: Esok Untuk Siapa sebagai karya yang jujur dan dekat dengan sisi kemanusiaan.
  • Qasrina kagum dengan keberanian filem itu mengetengahkan realiti kehidupan yang sukar diterima oleh sesetengah pihak serta memuji persembahan mantap pelakon dan pengarah Ariff Zulkarnain.
  • Peminat turut menunjukkan minat tinggi untuk menonton filem ini yang dibintangi Amir Ahnaf dan Amirah Razak selepas ulasan positif Qasrina.
Advertisement

Pelakon, Qasrina Karim meluahkan rasa kagum terhadap filem BAGA: Esok Untuk Siapa yang disifatkannya sebagai sebuah karya dengan penceritaan yang jujur dan saray dengan sisi kemanusiaan.

Menerusi hantaran di Threads, Qasrina berkata ia tertarik dengan keberanian filem berkenaan mengetengahkan realiti kehidupan yang mungkin sukar untuk diterima atau dibicarakan oleh sesetengah pihak.

Advertisement

“BAGA ialah sebuah karya yang jujur dan sangat dekat dengan sisi kemanusiaan. filem ini tidak takut untuk mengetengahkan realiti kehidupan yang tak semua tahu,” tulisnya.

Dalam pada itu, Qasrina turut memuji keseluruhan penceritaan filem berkenaan serta persembahan mantap barisan pelakon yang menjayakannya.

Dia juga tidak ketinggalan memberikan penghargaan kepada pengarah, Ariff Zulkarnain atas kejayaan menghasilkan sebuah lagi karya yang meninggalkan kesan kepada penonton.

Advertisement

“Penceritaan yang sangat mantap dan persembahan cemerlang daripada semua pelakon. Syabas kepada seluruh barisan pelakon dan kru. Anda berjaya melakukannya sekali lagi, Ariff Zulkarnain,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat tidak sabar untuk menyaksikan filem BAGA: Esok Untuk Siapa lakonan hebat Amir Ahnaf dan Amirah Razak.

“Inshallah nanti nak tgk ceta BAGA.. tqvm Qas for info.. 🥰

“Amazing acting right here.

“Dear diary , nak tengok BAGA dengan qasqass agak agak boleh tak eh.

“Okay kena tengok ni. I trust Qas punya review 😚,” komen netizen.
 

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement