Pelawak, Pelakon dan pengacara Jihan Muse menarik perhatian warganet apabila membuat posting di laman sosial Facebook (FB) ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’.

Jihan yang pada mulanya tidak mahu berkongsi foto hasil masakannya di laman FB tersebut, akhirnya mengalah dengan pujukan pengikut di laman sosial.

“Atas permintaan ramai saya kongsikan buat pertama kalinya. Pada saya masakan saya JADI harini. Tapi taktau kenapa semua suruh post kat sini. Cuba teka ni apa?,” tulisnya.

Perkongsian Jihan itu kemudiannya telah mendapat perhatian warganet dan masing-masing mula meneka apa yang dimasaknya.

BACA: Cubaan Gagal! Karipap Kicap, Donut Sakit Kulit & Ikan Singgang Rentung Antara Hiburan 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ni'

Rata-rata gagal meneka, namun ruangan komen menjadi lebih lucu apabila ada yang menyamakan biskut dibakar Jihan dengan batu sungai.

Expectation...

Jihan akhirnya memberitahu dia cuba menyediakan ‘Honey Butter Cookies ala Texas Chicken’ dan turut berkongsi foto sebenar jika biskut tersebut menjadi.

Laman FB ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’ tiba-tiba menjadi tular apabila dalam tempoh seminggu diwujudkan, ‘group’ tersebut sudah meraih lebih 800,000 pengikut.

Laman sosial FB tersebut diuruskan oleh Norlaila Dollah Ahmed, 46, dengan tujuan menghiburkan antara satu sama lain menerusi perkongsian masakan tidak menjadi masing-masing bagi mengurangkan tekanan berada di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).