Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bau Busuk Menusuk Hidung, Dahan Pokok Tiba-Tiba Patah... Sekumpulan Remaja Lalui Detik Seram Ketika Berendam Di Kolam Resort Pukul 1 Pagi!

Gempak
10/08/2024 13:50 MYT
Bau busuk dan dahan pokok patah secara tiba-tiba ketika mandi di kolam sebuah resort pada pukul 1 pagi menjadikan sekumpulan lelaki tidak keruan.

Rasa ada yang tidak kena

Memetik laporan KOSMO! perkongsian yang dikongsikan melalui video di TikTok @iwanr1 menyatakan salah seorang rakan mereka sudah merasakan ada yang tidak kena di situ kerana terhidu bau busuk dan mengajak rakan-rakannya untuk keluar dari kolam itu.

"Masa ni mandi pukul 1 pagi, konon nak ‘recovery’ badan. Tiba-tiba bebe ajak naik tapi kami cakap lagi empat minit untuk cukupkan ‘recovery’ dan teruskan bersembang.

"Tiba-tiba tak ada angin tak ada apa dahan jatuh,” tulis @iwanr1.

Nasib menyebelahi mereka apabila semua selamat.

“Esok hari kami sambung cerita, rupanya ada bau busuk dua kali sebelum kejadian dahan patah,” ceritanya.

Menjengah ke ruangan komen ada yang melihat penampakan makhluk tersebut dan ada juga yang berkongsi pengalaman diganggu ketika menginap di situ.

“Ada lembaga hitam besar tolak dahan pokok tu. Dia rasa terganggu bila orang ramai datang ganggu tempat dia,” tulis Bibyanana WJ.

Saya pernah menginap kat sana. Best memang best tapi masa nak balik dari makan malam nampak ada yang duduk bertenggek atas batu. Malam tu cermin pintu bunyi macam kena cakar,” kata puteri_KL.

“Sebab tu kalau pergi mandi ke apa ke dengan kengkawan, kalau salah seorang cakap dah cukup jom naik, tak tanya banyak terus semua angkat,” komen Ena.

Selain itu, ada yang meninggalkan komen mendengar suara ketawa dan meminta mereka keluar dari situ.

BERITA TRENDING: Puteri Ameerah Curi Tumpuan Ramai Ketika Hadiri Istiadat Pertabalan YDP Agong – “Cantik Macam Bonda Dia”

BERITA TRENDING: Putera Mateen & Isteri Tunai Umrah, Netizen Tertarik Dengan Telekung Dayang Anisha

BERITA TRENDING: “Till We Meet Again Bang” - Pengiran Muda Abdul Mateen Dedah Penyakit Punca Kemangkatan Kekandanya

BERITA TRENDING: Raja Thailand Paling Kaya Di Dunia, Kalahkan Raja Arab Saudi & Sultan Brunei

#Viral #Seram #Remaja #Detik Seram