Laman Utama

Raja Thailand Paling Kaya Di Dunia, Kalahkan Raja Arab Saudi & Sultan Brunei

Azwa Rahman
09/11/2020
11:15 MYT
Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn dilaporkan sebagai raja paling kaya di dunia mengatasi Raja Arab Saudi, Sultan Brunei dan keluarga diraja Britain.
Menurut penganalisis, kekayaan Vajiralongkorn dianggarkan bernilai AS$30 bilion (RM128 bilion) hingga AS$60 bilion (RM257 bilion) merangkumi pemilikan hartanah dan pelaburan di syarikat utama dunia.
Selain daripada mempunyai kekayaan luar biasa, Vajiralongkorn juga terkenal dengan gaya hidupnya yang masyhur sehingga mencetus kegelisahan rakyat.
Vajiralongkorn berkahwin sebanyak empat kali dan dalam masa sama mempunyai seorang gundik serta didakwa gemar menghabiskan masa di Jerman berbanding berada di tanah air.
Sementara itu, pelaburan terbesar Biro Hartanah Diraja (CPB) menerusi Siam Commercial Bank dan Siam Cement Group, baginda menguasai 34 peratus saham dengan kedua-duanya bernilai AS$8 bilion (RM33 bilion) pada akhir tahun lalu.
Laporan turut menyebut, pada 2019, dividen daripada kedua-dua pelaburan itu sudah mampu memberikan pulangan sejumlah AS$342 juta (RM1.41 bilion) kepada Vajiralongkorn.
Sementara itu, pada 2017, kerajaan Thailand meluluskan satu undang-undang baharu yang memberi Vajiralongkorn penguasaan penuh terhadap aset diraja bagi membolehkan pemilikan harta yang sebelum ini diletakkan di bawah CPB dipindahkan kepada raja berkenaan.
Undang-undang itu dianggap langkah awal Vajiralongkorn untuk meluaskan kuasanya dan mewarisi peninggalan harta susulan kematian bapanya, Raja Bhumibol Adulyadej pada tahun 2016.
Ekoran kekayaan baginda menyebabkan rakyat Thailand tidak berpuas hati dan mempersoalkan sumber kekayaan raja berusia 68 tahun itu.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Puteri Ameerah Curi Tumpuan Ramai Ketika Hadiri Istiadat Pertabalan YDP Agong – “Cantik Macam Bonda Dia”

gempak
20/07/2024
13:25 MYT
Menerusi perkongsian sebuah akaun di Instagram (IG), Puteri Ameerah dilihat jelita dan manis ketika berjalan memasuki Balairung Seri, Istana Negara bersama kerabat diraja Brunei.
Personaliti

Chef Wan Buka Rahsia Pernah Terima Hadiah Sampul Berisi Not 1000 Brunei X 40 Keping Daripada SULTAN BRUNEI

gempak
30/07/2021
04:56 MYT
Kalau orang dah sayang, ke mana pergi sentiasa disenangi. Sempena ulangtahun perkahwinan Sultan Brunei dan Permaisuri yang ke 56 tahun, Chef Wan kongsi sifat dermawan Tuanku. Nilai hadiah tu hampir menyamai RM120k tau! – Pengsan!
Berita

Dakwaan Berita Sultan Brunei Sumbang AS$1 Bilion Adalah Tidak Benar

gempak
15/05/2018
05:01 MYT
Berita

Sultan Brunei Bertemu Tun M, Putera Mateen Turut Dapat Perhatian

gempak
14/05/2018
11:52 MYT