Argentina melakar sejarah apabila menempah tiket ke final Piala Dunia Qatar 2022 apabila menang bergaya memadam impian Croatia dengan kemenangan 3-0.
Tentulah dalam pertembungan tersebut, Lionel Andrés Messi atau Messi menjadi tumpuan peminat bola sepak dunia.
Bintang 35 tahun itu pun terus menjadi buah mulut bukan sahaja kerana membawa Argentina mara ke final dan menanti lawan mereka sama ada Perancis atau Morocco, tetapi telah mencetak sejarah peribadi dan ‘ajaib’ dalam arena sukan tersebut.
Malah gol ke-11 ini mungkin akan bertambah pada perlawanan final jika Messi terus mengekalkan staminanya sebagai salah seorang pemain bola terhebat dunia.
Berikut 5 rekod ajaib yang telah ditorehkan oleh Messi seperti dinyatakan CNN.
1. Messi kini menjadi pemegang rekod penjaring terbanyak Piala Dunia dengan 11 gol. Gol ke-11 diperoleg selepas menyumbat bola ke gawang Croatia pada perlawanan semi final yang baru berlangsung.
Dengan 11 gol di dalam tangan, sebelum Piala Dunia berakhir, Messi telah memadam nama Gabriel Omar Batistuta dengan rekod 10 gol. Dia juga memiliki tiga gol lebih banyak dari sang legenda Tim Tango, Diego Maradona.
2. Messi terlibat dalam 19 gol, baik sebagai pencetak mahupun pengirim bola atau assist. Sejak terlibat dengan Piala Dunia pada 2006, Messi mencetak 11 gol dan lapan assist.
Hal itu membuatkan Messi menyamai catatan Miroslav Klose, Ronaldo, dan Gerd Muller. Sejak catatan statistik tersedia pada 1966, empat pemain tersebut merupakan pemimpin dalam daftar keterlibatan gol.
3. Messi menjadi pemain pertama yang mencetak gol dan assist dalam empat Piala Dunia yang berbeza.
Pertandingan pertama Messi membuat gol dan assist terjadi pada Piala Dunia 2006 ketika Argentina bertemu Serbia.
Selanjutnya sepasang gol dan assist dibuat tiga kali oleh Messi pada Piala Dunia 2022, sewaktu menentang Mexico, Belanda, dan Croatia.
4. Gol Messi selalu menghiasi kemenangan Argentina dalam tiga laga fasa iaitu dari awal sehingga masuk ke kelompok 16 besar, suku akhir dan separuh akhir temasya yang berlangsung empat tahun sekali ini.
Ini menjadikan Messi pemain keenam yang melakukan hal tersebut dalam satu edisi Piala Dunia setelah Salvatore Schillaci (Piala Dunia 1990), Roberto Baggio (1994), Hristo Stoichkov (1994), Davor Suker (1998), dan Wesley Sneijder (2010).
5. Penampilan melawan Croatia merupakan yang ke-25 bagi Messi di Piala Dunia. Messi kini memegang rekod yang sama dengan Lothar Matthaus dalam perlawanan terbesar dunia ini.
Maliah Surip
Wed Dec 14 2022


Lagi 100 Hari Nak Ramadan, Khairulaming Dah Bagi Hint! Netizen Tanya, “Okay Dah Boleh Start Prepare Barang Ke Ni?”
Dia mai dah guys mai dah heheh

All Stars Gegar Vaganza: Syafi Tee Belum Move On Dengan Nana, Netizen Siap Jodohkan - “Sepadan, Berlakon Dengan Mader Please”
Memang comel pun Nana dengan Syafi Tee ni kan.

#Travelmana: Amankila Resort Mewah Bali Tempat Nikah BCL, Tiko! Ini Fakta Menarik, Pakej & Harganya
David Beckham, Julia Roberts, Cameron Diaz, Nicole Kidman dan Nicolas Cage pernah menginap di sini.

Astro Paparkan Barisan Bintang Hebat & Tawaran Eksklusif Keluarga
Bintang suku keempat seperti Anna Jobling dan Amir Ahnaf menjanjikan hiburan buat keluarga

"Tiko Hadirkan Semula Senyumanku, Tapi Sakit Ini Tidak Akan Pergi" - BCL
BCL luah isi hari menerusi video pra perkahwinan.

Kantoi Curang, Wanita Hempuk Suami Pakai Dulang! Tapi Netizen Pula Back Up Lelaki - "Sebab Bini Garanglah..."
Dah macam gusti dia buat

The Weeknd Derma RM117 Juta Untuk Gaza
Ia mampu membantu lebih 173,000 warga Palestin untuk tempoh dua minggu.
.png?ext=.png)
Berdosa Ke Tak? Ini Hukum Buang Kucing Dalam Islam
Oh itu hukumnya...

Artis Wanita Kulit Putih Anak Dua Terlibat Aktiviti 'Swinger', Tawarkan Khidmat Seks Dengan Suami Sendiri?
Astaghfirullah!

Samseng Jalan Raya Elak Bayar Tol, Punca Kemalangan! Netizen Berang - "Dia Yang Langgar, Dia Pula Cari Gaduh"
Berlagak samseng