Hiburan

Bawa Baby Bersama, Syafiqah Aina Kongsi Pengalaman Bawa Anak Kecil Pergi Umrah

gempak
Zulaikha Yusof
05/02/2020
02:02 MYT
Sponsor Banner
Bawa Baby Bersama, Syafiqah Aina Kongsi Pengalaman Bawa Anak Kecil Pergi Umrah
Personaliti media sosial dan usahawan Syafiqah Aina berkongsi pengalaman mengerjakan umrah bersama anak perempuannya, Raisya Arisa.
Kata Aina, apa yang penting adalah persediaan mental dan fizikal untuk melayan kerenah Raisya sepanjang berada di sana.
Walaubagaimanapun, Aina memutuskan hanya membawa Raisya keluar ketika ingin pergi makan dan ziarah sahaja.
"Ada yang tanya macam mana pengalaman bawa Raisya ke Tanah Suci.
"Macam Aina pun sebelum pergi memang nervous sangat. Terfikir fikir boleh ke? Mudah ke?
"Apa apa pun korang lagi kenal anak korang jenis macam mana kan.
"Jadi siap sedia je mental dan fizikal dengan ragam anak bila bersesak dengan ramai orang. Get ready everything yang boleh buat diorang selesa.
"As for me, Aina kurang bawa Raisya keluar pergi masjid. Just bawa dia keluar kalau nak pergi makan atau ziarah saja.
"Actually tak mudah dan tak juga susah bawa baby ke sini. Stroller pun boleh bawa pergi masjid cuma ada certain area je yang boleh bawa masuk.
"So tak ada masalah pun kalau nak bawa anak sekali solat, tawaf atau buat umrah cuma yang penting datang masjid awallah, so mudah sikit pergerakan nak masuk masjid tu.
"Get ready juga mini fan, pampers dan susu siap-siap supaya memudahkan," tulisnya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, isteri kepada usahawan Hafiz Mahamad ini akui berasa risau dengan keadaan Raisya memandangkan sebelum berangkat ke tanah suci, kesihatannya tidak berada dalam keadaan baik.
"Aina tak bawa Raisya ke masjid sebab Aina jenis terlalu fikir sangat, terlalu risau sangat. Plus before pergi Tanah Suci pun Raisya memang tak sihat.
"Jadi Aina rasa serba salah untuk dedahkan dia dekat dengan orang ramai. Even bawa pergi makan je pun asyik kena pegang and cium.
"Memang all the time rasa serba salah tapi tak tahulah nak cakap tak nak tu mudah tapi nak buat tu susah.
"As for me, sebab Aina tak nak bawa Raisya ke masjid. Aina kena take turns untuk solat fardhu, tawaf atau buat umrah dengan Hafiz.
"So it depends on you guys actually, mudah jadinya kalau kita sentiasa fikir mudah. Kalau you guys okay, boleh je setiap waktu solat di masjid.
"Alhamdulillah juga, Aina pernah dah ada experience pergi Tanah Suci sebelum ada Raisya.
"Tapi agak beza jugalah untuk Aina sebab dulu boleh gerak sorang sorang tak payah fikir apa-apa dan setiap waktu solat ke masjid but now terpaksalah berkorban sikit," tulisnya lagi.
Ada yang tanya macamana experience bawa Raisya ke Tanah Suci. Macam Aina pun sebelum pergi memang nervous sangat. Terfikir fikir boleh ke? Mudah ke? Apa apa pun korang lagi kenal anak korang jenis macamana kan. So get ready je mental & fizikal dengan ragam anak bila bersesak dengan ramai orang. Get ready everything yang boleh buat diorang selesa. As for me, Aina kurang bawak Raisya keluar pergi Masjid. Just bawa dia keluar kalau nak pergi makan or Ziarah saja. Actually tak mudah & tak juga susah bawa baby ke sini. Stroller pun boleh bawa pergi Masjid cuma ada certain area je yang boleh bawa masuk. So tak ada masalah pun kalau nak bawa anak sekali Solat, Tawaf or buat Umrah cuma yang penting datang Masjid awal la so mudah sikit pergerakan nak masuk Masjid tu. Get ready juga mini fan, pampers & susu siap siap supaya memudahkan. Aina tak bawa Raisya ke Masjid sbb Aina jenis terlalu fikir sangat, terlalu risau sangat. Plus before pergi Tanah Suci pun Raisya memang tak sihat. Jadi Aina rasa serba salah untuk dedahkan dia dekat dengan orang ramai. Even bawa pergi makan je pun asik kena pegang and cium. Memang all the time rasa serba salah tapi tak tahula nak cakap taknak tu mudah tapi nak buat tu susah.. . As for me, sebab Aina taknak bawa Raisya ke Masjid, Aina kena take turns untuk Solat Fardhu, Tawaf or buat Umrah dengan Hafiz. So it depends on you guys actually, mudah jadinya kalau kita sentiasa fikir mudah. Kalau you guys okay, boleh je setiap waktu solat di Masjid. Alhamdulillah juga, Aina pernah dah ada experience pergi Tanah Suci sebelum ada Raisya. Tapi agak beza jugala untuk Aina sbb dulu boleh gerak sorang sorang takyah fikir apa apa and setiap waktu Solat ke Masjid but now terpaksala berkorban sikit ♥️
A post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina) on
Hafiz dan Aina telah mendirikan rumah tangga pada 24 November 2017 selepas beberapa tahun menyulam cinta.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live