Selepas selesai berpantang 44 hari, isteri penyanyi Tomok, Ayu Abas keluar demi meneruskan kehidupan dengan norma baharu.

Menurut Ayu, dek kerana bimbang lebih-lebih lagi perlu membawa bayinya Siti Khadijah yang berusia sebulan keluar, dia pun berkongsi beberapa tip penjagaan dan keselamatan yang boleh diambil.

“Setelah sekian lama tak keluar. Walaupun kes jangkitan Covid-19 dah berkurang, tapi kita jangan terlalu selesa.

“Selalulah amalkan kebersihan diri, saya pun risau bawa keluar anak kecil. Tapi kita harus live with this virus with new norma.

“Bawa pelapik sendiri jika nak tukar lampin, selalu basuh tangan, sanitize tangan anak-anak, pakai mask, social distance dan lepas balik dari keluar terus mandi. Tapi jika anak-anak tak sihat just stay at home.

“Satu perkara lagi, bawalah telekung dan sejadah travel sendiri. We have to take care our self dan family.Kita jaga kita dan patuhi SOP, insyaAllah everything will be fine,” katanya.

Ayu memberi pesanan ringkas itu di akaun Insatgram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Ayu memuat naik fotonya bersama bayi yang bergambar di kedai minuman suaminya di sebuah pusat membeli belah.

Ayu dan tomok mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 2 Julai 2011.

Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arrian yang berusia lapan tahun dan Andra, lima tahun.

Setelah sekian lama tak keluar... . . Walaupun kes jangkitan Covid-19 dah berkurang, tapi kita jangan terlalu selesa...selalulah amalkan kebersihan diri...dibu pun risau bawa keluar anak kecik..but kita harus live with this virus with new norma.... Bawakla pelapik sendiri if nak tukar pampers,selalu basuh tangan,sanitize tangan anak2, pakai mask, social distance & lepas balik dari keluar terus mandi...tapi if anak2 tak sihat just stay at home.... one more thing bawalah telekung & sejadah travel sendiri...we have to take care ourself & family....kita jaga kita...patuhi SOP, insyaAllah everything will be fine... . . So korang jgn lupakan pegi ke Street Churros AEON Seremban 2...kalau malas grab food or food panda pun ado...?????

A post shared by @ ayu_abas on