Laman Utama

“Bawa Nama Baba, Jangan Jadi Punca Air Mata Mama” - Netizen Respek Nasihat Altimet Pada Anak

gempak
Mya Amri
08/07/2021
05:45 MYT
Sponsor Banner
“Bawa Nama Baba, Jangan Jadi Punca Air Mata Mama” - Netizen Respek Nasihat Altimet Pada Anak
Penyanyi rap terkenal, Altimet memberikan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya.
Bagaimanapun nukilan itu mendapat perhatian pengikutnya kerana nasihat yang diberikan itu sangat bermakna.
Menerusi coretan itu, Altimet berharap agar anaknya sentiasa berada dalam lindungan Tuhan dan tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh memberikan impak negatif pada keluarga.
“Selamat ulang tahun kelahira ya hamba Allah. Dah masuk usia baba kena layan macam kawan dah ni.
“Baba doakan jadi orang yang lebih baik, lagi soleh, lagi padu dari baba.
“Pergi mana-mana bawa nama baba, jangan jadi punca air mata mama,” tulisnya.
Sementara itu, diruangan komen rata-ratanya menyukai coretan Altimet selain turut memberikan ucapan kepada anaknya.
“Cool quote from a rapper to his son, “bawa nama baba jangan jadi punca air mata mama,” komen @jhnxjml
“Suka dengan ayat tuan “jangan jadi punca air mata mama,” tulis @ikrm4real
“Happy birthday super cool anak baba. Jadi kebanggaan anak baba dan mama ya,” coret @shaalhabshee1
Altimet sebelum ini cukup dikenali sebagai antara artis yang kurang gemar mendedahkan kehidupan peribadi kepada umum.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live