Foto itu diambil ketika menghadiri majlis perkahwinan aktor Indonesia, Baim Wong di Jakarta, Indonesia semalam.
Menerusi foto tersebut, Elfira memakai gaun serba merah jambu dan pasangannya segak mengenakan sut.
Entri tersebut mendapat perhatian ramai terutama peminatnya yang teruja melihatnya bahagia disamping kekasih hati.
Rata-rata memuji ketampanan Faris kerana mereka dilihat seperti sama cantik sama padan.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 2 September lalu dan majlis itu diadakan secara tertutup.
Elfira pernah bertunang dengan Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017 dalam sebuah majlis besar-besaran, namun berakhir pada 18 Februari lalu hubungan itu putus.