Hiburan

“Beb Next Year 2 Movie Aku Keluar, Kau Tengok Ye?” - Comelnya Perkenalan Awal Hairul & Hanis!

gempak
Azwa Rahman
01/11/2019
09:46 MYT
Sponsor Banner
“Beb Next Year 2 Movie Aku Keluar, Kau Tengok Ye?” - Comelnya Perkenalan Awal Hairul & Hanis!
Pelakon dan pengacara Hanis Zalikha mendedahkan perbualan awal di antara suaminya pelakon Hairul Azreen semasa mereka mula perkenalan.
Menerusi laman sosial Instagram, Hanis memuat naik perbualan yang di tangkap layar daripada Facebook untuk tatapan umum.
“Beb next year aku ada 2 filem keluar. Kau tengok ye? By the way aku baru tengok balik cerita Para-Para Sakura :),” tulis Hairul pada perbualan tersebut.
“Okay nanti dah keluar roger balik,” balas Hanis selamba.
Perkongsian Hanis tersebut mencuri tumpuan rakan selebriti wargamaya apabila rata-ratanya merasakan perkenalan awal pasangan ini comel.
“Weh dia beb beb kan ke dulu, hek eleh bebbbb,” ujar pelakon Nad Zainal.
“Beb tahun ni aku ada 1 movie je kbye,” komen suaminya, Hairul.
“6.46am weh, gigihhh!” kata seorang wargamaya.
“Macam kena friendzone je dulu mujur sekarang dah ada anak dua hahaha,” usik seorang wargamaya lagi.
Entri yang dikongsi 24 jam yang lalu sehingga kini menerima hampir 100,000 tanda suka daripada wargamaya.
Hanis dan Hairul telah berkahwin pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua orang anak, Yusuf Iskandar, 3 dan Alisa Aisyah, 5 bulan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live